Wednesday, July 18, 2012

Resepi blueberry cheese tart

Yess.. Salam Mubarak. 2 days to go kita nak start puasa dah. Alhamdulillah.. mudah-mudahan di beri kesempatan berpuasa penuh lagi tahun ni. Syukur alhamdulillah, 2 tahun dah dapat pose penuh. ngeh3.. Tak sabar nak balik kampung hari Jumaat ni. Nak sambut puasa kat rumah. happy !! orang yang duduk perantauan jauh dr keluarga je akan dapat rasa betapa excitednye nak sambut ramadhan bersama mak abah tercinta. Bukan bermaksud orang yg duduk dengan family tak excited cuma... berbeza sedikit la rasa dia berbanding dengan mereka yang duduk jauh dr keluarga.... ( penulisan agak cacar marba maaf ).

Ape dish istimewa korang nak buat tahun ni? hahaha. Kalau di tanya aku, dah wajib lah every year kerja aku di malam raya baking membaking sampailah ke tengah malam. Aku sangat sukakan kek, pastri, pasta or what else la yang seangkatan dengannya.

Actually pict Blueberry/Kiwi/Orange/Strawberry Cheese Tart yang aku making raya last year. Sangatlah senang sebenarnye bagi mereka yang memang sukakan pastri. Bagi mereka yang dah pro buat tart ni.. maybe entry aku ni agak ketinggalan zaman .. so kay.. abaikan :)



CHEESE TART.

Bahan-bahan untuk Pastri. (biskut tart tu haaa kalau x tahu pastri tu ape benda )

200g Mentega ( aku gunakan buttercup better dr brand lain )
100g gula ising 
1 Biji telur ayam
400g Tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan untuk cheese filling ( inti )

250gm cream cheese
50gm gula ising
20gm mentega
1sudu perahan lemon ( bagi rasa masam-masam sikit..nyumm.nyumm )
1biji telur ayam
Blueberry pie.( boleh jugak korang nak guna kiwi pie, orange pie or strawberry pie terpulang la nak rasa apa, macam aku,aku bedal je semua jenis pie.. hahaha)

Cara-cara buat Pastri :-

1) Panaskan oven dulu ye.. suhu 180'c ( oven dah panas senang tak payah tunggu lama-lama masukkan je terus pastri tu)
2) Pukul buttercup dan gula ising sampai sebati. 
3) Masukkan telur pukul lagi sampai telur tu sebati. 
4) Kemudian masukkan tepung gandum. Make sure gaul sampai boleh buat jadi doh. 
5) Tekankan doh tadi di dalam bekas tart. Tekan kemas-kemas, cantik-cantik, cun-cun belaka. 
6) Trim tepi dengan batang sudu. 
7) Kemudian masukkan dalam oven yang dah kita panaskan tadi pada suhu 180'c antara 15-20minit. selalunya if dah nampak kuning-kuning pastri tu boleh la keluarkan dari oven. 

make sure, tunggu pastri sejuk dulu baru keluarkan dari acuan ya :)

Cara buat filling cheese :-

1) Pukul cream cheese, mentega dan gula ising till fluffy.(  fluffy tu kembang kalau korang x taw ).
2) Masukkan telur dan perahan leman. pukul lagi sampai sebati betul-betul kembang okey :)
3) Masukkan cheese filling tu dalam pipping bag and pipe kan dalam pastri yang dah masak tadi. 
4) Hiaskan di atas cheese filling tu dengan blueberry/strawberry/kiwi/orange pie yang anda inginkan. Hias cantik-cantik ye.. :)
5) Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 180'c selama 10 minit. usha-usha la tengok dalam oven if filling tu dah kering boleh la keluarkan..nyummy..nyummy :)






Raya lambat lagi ok shada!!




No comments: