Tuesday, December 25, 2012

Memang aku betul-betul jatuh cinta.

~ senyuman dia, buat aku tersenyum..~
~ pandangan mata dia, buat aku gelisah..~
~ gelak tawa dia, buat aku rasa gembira..~

Ya Allah.. panjangkan jodoh kami...

Monday, December 24, 2012

Hadiah pertama untuk hari lahir yang ke-23

Syukur Alhamdulillah.. 21/12/2012. Maha pencipta masih beri aku kesempatan meminjamkan nyawa dan terus beri peluang aku bernafas di atas muka bumi ni. 23 tahun sudah..

Tahun 2012 cukup bermakna dan sangat bermakna buat aku. Kalau tahun 2011, hadiah hari lahirnya, mak and abah tunaikan hajat aku mengerjakan umrah.. Cukup bermakna hadiah tu. Thanks pada mereka yang mengasihi aku :)

Tahun lepas, beberapa hari sebelum 21. Disember, aku and mak abah sibuk uruskan hal pasport, visa dan sebagainya sebelum berangkat menunaikan Umrah. Tapi, lain pulak cerita untuk tahun ni. Aku sibuk menguruskan hal yg cukup bermakna juga buat diri aku.

19. Disember aku cukup excited dapat cuti sampai 23. Disember. Angkut segala barang bawa balik kampung. Memang dah lama rasa x dapat cuti lama-lama.. Macam biasa aku isi minyak rm30 kat Petronas and jadi driver yang berhemah. 110km/j . Punyalah berjaga-jaga atas highway, takut kena speed trap..

Drive careful, sambil aku makan roti and minum susu ducth lady coklat, layan Hot FM and kadang-kadang reply mesej sayang. Sepanjang highway lekas, aku tahan minyak takut speed terlebih. Tak moh kena saman, tak dok duit and tak kuasa nak membayor ! baik duit saman tu aku beli heels ke, jam ke kan..kan..

Selalu balik kampung ikut jalan belakang. Turun jelebu-Kuala Kelawang.. jalan dia hutan-hutan, kampung-kampung tepi jalan. Sedap syok aku layan corner.. tiba-tiba......

ade roadblock !! roadblock wey lepas corner tu.. darah dah naik sampai kepala.. sejuk semacam. Dalam hati aku cakap, mampuslah aku kali ni, takkan terlepas dah. Ade beberapa kereta kat depan aku tengah queue up sport check, polis kat depan dah tunjuk-tunjuk kereta aku suruh aku berhenti kat tepi.

Aku dengan keterpaksaan berhenti lah tepi.. buka cermin kereta tak buka-buka aku punya spec mata itam besau aku tuh.

Uncle polis misai A.galak : Minta lesen and IC dik

aku pun bagi tanpa bersuara apa-apa.

Uncle polis misai A.galak : Ade lesen yang ade gambar x?

aku pun bagi and still diam x cakap ape-ape.

Uncle polis misai A.galak : Adik tahu tak ape salah adik?

Aku : Ntah, double line kot (buat-buat tak tahu,malas aku layan)

Uncle polis misai A.galak : (dia tarik seat belt aku)

Uncle Polis misai A.galak : Minta keluar sekejap dik, tanda tangan saman

Aku : urmm, hujan lah encik kat luar,saya stay dlm kereta sign dalam kereta tak boleh ke? (malu nak keluar padahal)

Uncle polis misai A.galak pun pergi. aku stay dalam kereta layan lagu and ngadu kat yayunx, sobbss!

Uncle polis misai A.galak pun hulur saman kat aku suh sign. aku pun sign je lah. Lepas tu uncle polis pot, pet, pot, pet.. habis scene tu aku blaa.

Sampai rumah, aku baca satu-satu dalam surat saman tu. Tergelak sorang-sorang. Punyalah sebolehnya nak bersih nama dari saman. Last-last kena jugak. Tu la, ma ngn abah pesan tak mo dengar. pakai seat belt, pakai seat belt tu Adda. Jangan nampak polis baru nak pakai. Haaa.. last-last.. ni makannya !


Silalah jelaskan saman kau ye Cik Shada sebelum May ok. Kalau tak bersesak kau nak bayar road tax. Tq so much Uncle Polis, sekarang saya dah cukup fobia.. Hadiah birthday pertama aku dapat. Tq.


Thursday, December 20, 2012

Debaran bertunang

Nebes gila rasa..

Aku tahu.. kadang-kadang kita tak perlu nak cerita kat orang apa yang kita rasa.

Beberapa hari lagi sebelum Majlis pertunangan berlangsung. Hati ni rasa tak tenteram, jiwa ni kosong, fikiran ni macam-macam fikir. Rasa macam lemah semangat. Tak bermaya tak ada mood nak teruskan apa yang dah dirancang. Setiap saat, minit, jam seakan-akan sama dan aku masih tetap mengelamun pada perkara yang sama.

Hati aku tak tenang, jiwa aku resah, hidup terasa kosong dan tak bermaya. Apa tandanya? Aku tak tahu.. Allah maha mengetahui setiap apa yang terjadi. Ade hikmah atau sebaliknya..

Allah maha hebat, menciptakan satu perjalanan dalam hidup aku yang cukup hebat. Allah hebat, ya.. DIA maha hebat.

Aku gembira dengan keputusan yang kami sama-sama buat. Melalui setiap fasa sebelum akad dilafaz. 

Kadang-kadang, aku gembira bakal bergelar tunang kepada dia yang aku sayang. Tapi, kadang-kadang aku rasa semacam.. Berdebar semacam. Allahu Akbar.

Hope everything is going well and softly :)

Muhammad Ziqrullah bin Ailias. Terima kasih untuk semuanya.. saya sayang awak. saya sayang awak. saya sayang awak.. Thank you sebab bersusah payah untuk semua ni saya sangat-sangat hargai.. In shaa Allah, I'll try to call u 'abang' soon. haha.