Saturday, October 26, 2013

Gambar majlis pertunangan. 10bulan berlalu

Assalammualaikum ..

Ini entry poyo konon-konon aku retisss yg sume orang nak tau pasal hal aku. hahaha. 10 bulan dah jadi tunang orang. Cepat sangat mase berjalan. Sedihnye, tinggal lagi lebih kurang 1bulan bape hari lagi nak tinggalkan Mak and Abah.. uwaarrghhh !! Aku akan menangis, aku akan menangis...:(

In syaa Allah hari ni tinggal 41hari lagi aku bakal bertukar status sebagai Puan Nor Sahadah.


*****Throwback******


Aku kenal tunang aku since Disember 2005 hujung form4. Kenal kat satu Kem motivasi pendidikan SPM 18-21. Disember. 2005, untuk anak-anak Pegawai Felda and anak-anak Felda yang terpilih. Kem tu dekat Agro Resort Semuji, Gambang..Kebetulan pulak 30.11 baru lepas clash. Pas tu, g kem jumpa plak pengganti. Hadoi, cepat betol dpt pengganti.hahaha. Dalam seminggu kenal terus declare kapel. Gelojoh ! and festime ktorang clash May 2006. Lepas putus aku single. Sebab sekolah aku sume pompuan.Aku plak bukannya cantik sangat and bukan jenis suka nak kenal dengan laki. Sampailah dah habis SPM, 2007 ktorang contact balik as a friend je cz mase tu each other dah ade kapel masing-masing. Still berkawan.

Lepas tu masing-masing dah clash dgn kapel memasing.. Ktorang jumpa balik Ogos 2008. Mase tu jumpa semula pun sbb kebetulan aku study kat Unisel. Bibit percintaan bermulalah kembali..ecewahh ! dan... lepas aku habis study ktorang pernah clash for the 2nd time tengah tahun 2011(bukan clash tapi lebih berdiam diri). sebab kenapa, biarlah rahsia.hahaha. ini semua P.O.Y.O! Tapi, serius dalam mase setahun tu ak memang xde hati dh dengan die.tengok muka pn xde hati, kadang rindu jgk nk rapat macam dulu.Tapi, tak tahulah cam mana, Allah tu Maha Perancang dan lebih mengetahui, kitorg rapat balik May 2012.Lepas 2bulan aku balik buat Umrah.

Setahun jugak la aku berdiam diri. Lame kan?? Allah dah aturkan cantik hidup kita. Syukur Alhamdulillah.. Aku selamat drisik pada 21.11.2012 dan selamat dtunangkan pada 23.12.2012..10bulan 4hari sudah.

Majlis cuma dhadiri oleh adik beradik and family terdekat, jiran-jiran and family sebelah lelaki dan kawan rapat ku since tadika. Simple mimple. Gamble tahap A++. Tema warna peach. No dais. Tapi, ade tukang mekap. Baju tunang tu sebenarnye aku nak buat baju raya aku tahun lepas, tapi,, disebabkan beli on9, jadinya cutting besar sikit sbb x fitting dulu kan. Tak jadi buat baju raya, aku ulter baju tu bagi kecik buatla jadi baju tunang. Sebabnye aku x suke membazir, benda x guna lagi buat ape nk beli yg lain..huhu. Hantaran dari Pihak pempuan 9. Aku bagi kasut, towel, satu set alat solat lelaki, baju kemeja, coklat, buah, kek, kuih dan sirih junjung. Hantaran lelaki 7, kasut, towel, telekung, set perfume, buah, kek, kuih, sirih junjung dan cincin. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun aku x berapa happy dengan mekap yg macam zombi... sigh*** !!




Semoga semua urusan seterusnya dpermudahkan. Alhamdulillah, selamat bergelar tunangan orang selama 10bulan 4hari. Sepanjang tempoh bertunang ni. Memang banyak dugaan.. kalau masing-masing keras kepala dengan ego masing-masing aku rase memang x jalan dah urusan seterusnya. Tapi, syukur...semuanya dapat kami settle same-same. Sekarang tengah pening kepala nak uruskan hal kahwin. Aku harap semua ni dpermudahkan dan berjalan dgn lancar. Itu je aku harap..


(Fav pict ;)


Allah tahu niat kita baik untuk bina masjid Allah akan tolong cukupkan semua keperluan kita dan permudahkan semua urusan. Allah akan selalu buat kita rase bahagia dan datangkan orang-orang yg baik hati utk membantu dan berikan jalan utk kita dapatkan rezeki tu...




Next time tolong la senyum ye B... urmm 




Harapan aku, semoga dia dapat menjadi pemimpin ku dan anak-anakku yg terbaik. Menjadi suami dan ayah yang taat pada agama, perintah Allah. Dapat menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sempurna. Dapat jaga aku seperti mak abah jaga aku selama ni. Menjadi suami dan ayah dan anak yg penyayang. Semoga kasih sayang dia pd aku xkan pudar walaupun sekali aku semakin dmamah usia, rupa fizikal ku berubah dan tidak lagi sempurna seperti sebelum dia menikahiku..



sorry to say. Actually, aku x suka mekap tunang aku ni. Dah macam opera cina + ponti anak remaja dah rasanya. Terlalu tebal.. aku harap sangat andam big day aku nanti mekap lebih nipis and natural..Even aku x cantik sekali pun, janganlah sampai mencomotkan lagi rupa yg dah sedia x brapa nak cantik ni. uwarghh !