Monday, October 20, 2014

Hari memuji suami.....

Ayang rindu abang..
ayang sayang abang..
abang baik
abang suami yg baik
bakal papa yg penyayang
semua yg baik-baik dekat abang...

Abang suami yg penyabar
Abang tak pandai marah
Abang tak suka marah-marah
tapi.....semenjak dua ni abang dah pandai merajuk
terasa hati
Ayg tak berniat tak tinggi suara..
Cuma kadang-kadang ayg letih..
Ayg minta maaf.


** itu saja setakat ni. nanti ayg continue ya. doakan ayg dapat lahirkan zuriat abang dengan mudah dan sejahtera..love u !




Wednesday, October 8, 2014

Hati seorang kekasih..

Kadang kala aku letih melayan hidup seharian
Penat menjalani kehidupan
Bekejar-kejar..terkejar-kejar
Lemah..lelah hidup di kota metropolitan

Aku penat
Letih..
Ada kau peduli?
Ada kau kisahkan?
Tiada..tiada sama sekali
Kadang kala ku fikir dunia kejam
oh! silap..dunia tidak kejam..
Tapi..manusia yg mencipta peraturan itu kejam...

Hidup di kota penuh cabaran
Yang mencabar diri dan kuasa walau tidak berkuasa
Yang menguja iman yg tidak setebal kamus dewan
Sukar di gambarkan kehidupan.......

Ku cuma ingin kedamaian
Sebuah ketenangan
Kesenangan
Bukan kemewahan
Cukuplah kesederhanaan

Cukuplah sebuah kebahagiaan..............

Aku letih !


Friday, October 3, 2014

3D/4D Scan with Miss Jezzlyn (Hospital Pusrawi, Kota Damansara)

Assalammualaikum..

Ok, curi masa jap type entry kat opis (bagus punya staff.kahkahkah). Cerita ape lagi? cerita pasai budak tome dalam peyut ni lagi lah. hehehe. Semoga pengalaman-pengalaman yg aku share kat blog aku ni dapat di kongsi dengan mom to be sekalian. cehh ! kali ni nak share pasal scan 3d/4d yang berbaloi-baloi.

Inilah cerita Mom 2 be yang sangat excited and so eager nak tahu gender baby dalam tummy ni...op kos lah kan. 1st baby katanya. :)

Aku dah banyak survey klinik/hospital area klang valley ni yang ade buat scan 3d/4d. Tapi rata-rata harga RM180-250. Ok,aku nak cari yg lagi murah.boleh? kahkahkah .Aku banyak baca review pasal scan 3d/4d ni dr blogger mom to be yang lain. Semuanya duk sibuk bercerita pasal the famous and cuteness sonographer Miss Jezzlyn.

So,aku decide untuk buat dengan dia. Dekat klinik mana?? haa.. korang boleh pilih mana-mana klinik akat area KL/Selangor ni, refer dekat schedule web site ini.

http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/

Baca dulu semua bagi faham betul-betul ya and then boleh buat online booking kat klinik/hospital yang terpilih.

Aku scan masa kandungan 23week++. Miss Jezz sangatlah sporting and friendly. Dia bagi penerangan detail tentang baby and macam-macam. Alhamdulillah, baby mama membesar dengan sihat. Miss cakap my baby tembam,baru 23week dah tembam banyak makan ye... hehehe. she called baby 'adik'.



My baby sangatlah aktif. Bila kita pusing kanan dia pergi kiri,bila kita pusing kiri dia pergi kanan. Masa scan pun,sibuk lah die duk menendang-nendang. Lepas tu nangis kacau die rehat..tu tengok gambar bawah tu. hehehe.


amboi cebek sangat muka die tu orang kacau dia tidur ye sayang mama ni. alololo...

bile bab cek gender..amboi....kangkang punya luas. Tak da selindung-selindung. Miss cakap," amboi adik, suka kangkang-kangkang ha, tak da sopan ha". hahaha. and my baby is a.......................

video

ok..tengok Video ni, agak-agak Boy or Girl? lalalala..

ok.. dengan layanan yang superb,dapat CD gambar+4d video, print 3d pict semuanya berharga cuma RM120. Kalau korang nak buat, make sure isi appointment form tau kat link yg aku bagi tadi. Boleh juga like Facebook scan 3d/4d Malaysia.

"Ya Allah, peliharalah anak di dalam kandungan ku ini. Kau besarkanlah dia dengan sihat dan sempurna. Cukupkan sifat-sifatnya, sempurnakan akalnya, sempurnakan fizikalnya. Kau berilah kesihatan yang baik kepada anakku,kasihanilah anakku kerana dia masih kecil. Ya Allah, kau jadikan anak didalam rahimku ini seorang anak yang soleh/solehah,baik budi pekerti,berakal dan kau fasihkan lidahnya supaya dia dapat membaca hadis dan Alquranmu. Kurniakanlah akal yg cerdik kepada zuriatku ini Ya Allah..Kau tetapkan rezeki,pekerjaan dan kehidupan yang sempurna untuknya. 

Ya Allah, kau lahirkanlah anak di dalam rahimku ini dengan kelahiran yang mudah dan sempurna..sesungguhnya aku bertawakal padaMU.." Ameen..




Saturday, August 23, 2014

First trimester..



Alhamdulillah.. selamat sudah my 1st trimester. sekarang dah masuk pertengahan trimester ke-2. 20minggu sudah khalifah kecilku ada dalam rahim mama dia ni. Sangat behave dia. Dia kuat walaupun mama dia ni lasak sangat. Naik moto pergi kerja, terjatuh..tapi..syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya tanpa alahan yang teruk.

Still ligat ke sana-sini, drive sendiri, makan memacam benda. Alhamdulillah, aku tak ada alahan dengan makanan atau tak boleh bau benda-benda yang tertentu. Masih boleh kemas rumah, masak, basuh baju..walaupun agak malas lipat baju.oh! itu bukan simptom, itu memang sejak azali, pemalas lipat baju. huahuahua !!

Tapi.........

My 1st trimester tidak semudah itu. Aku ade simptom ataupun alahan MALAS PERGI KERJA yang agak kritikal masa awal-awal pregnant dulu. Cite dia, tiap kali aku bangun tidur, aku mesti merengek.. korang bayangkan je macam budak-budak tadika tak nak pergi sekolah tu. Cenggitu la aku mula-mula dulu. Makanya, velambaklah unpaid leave aku selama 3bulan tu. Buat macam office aku sendiri, nak half day suka hati half day, dan cuti suka hati aku cuti. hahahaha. Hujung bulan dapat gaji, tak payahlah nak komplen kan ! Tapi since dah pregnant 4bulan, Alhamdulillah, dah ok.. alahai anak mama......

Dan juga, aku kuat PENING KEPALA..ada time dia pening kepala dan rasa mual ni datang. Nak tau time bila dia datang? Time sampai office !! aku pun sebenarnye tak berapa faham jugak mula-mula tu, dah la memang tak ada mood nak pergi kerja, lepas tu dah g kerja, duduk depan pc,duduk termenung hadap pc. Aku blurr....tak tau nak buat ape. Kepala aku pening, aku rasa nak muntah tapi tak nak muntah.. Aku serabut tengok paper work yang belambak atas meja ni. Senang cite, pagi-pagi tu memang ak tak boleh buat kerja. Lepas lunch hour, dia ok...no pening-pening,no mual-mual.. hahaha.Nak cakap morning sickness, kalau time cuti pagi-pagi tak ada lah pulak aku pening and rasa nak muntah.hahahaha. Lawak bila ingat balik. Sekarang, alhamdulillah....ok. Pening kepala dah tak ada sangat. Cuma kalau dia nak datang tak kira masa dah.

MOOD SWING. Dah pening kepala bagai..mau tak moody. Kadang-kadang tu mood cantik je. Tiba-tiba pening kepala. Memang mengamuk tak pasal lah. Kesian kat suami jugak kadang-kadang tu. Tapi, tak pe..suami saya baik dan sangat penyayang..hukhukhuk. Dia layankan aje isteri dia ni.

Bab makan pulak, dah 5bulan ni setakat ni tak ada lagi makanan yang aku tak boleh makan. Semua bedal..Kalau tanya bab makanan ape yang kalau boleh aku nak hadap hari-hari..haaa,mase awal preg dulu,aku suka makan ikan goreng @ ayam goreng dengan nasi putih je. Lately,aku suka makan makanan yg berkuah. Makan nasi pun nak kuah sup banyak-banyak. Aku suka mihun sup dengan nasi ayam. Sebab ape? sebab ade kuah sup. nyummeehh ! Lagi satu, hari tu aku ngidam nak makan pecal mak aku buat, raya hari tu dah dapat, so x bising dah la. hihihi. Aku jugak ketagih KEROPOK LEKOR..aii,kalau boleh tiap petang nak..beli rm2,campur yg tebal dengan nipis,letak dalam plastik putih,letak sos sekali ye kak..Aku paling suka kopok lekor kat Taman Metropolitan,Kepong..tiap weekend ngedate kat sana sambil makan kopok. hahahaha. 




Alhamdulillah, masa berjalan pantas...now, 2nd trimester yang sangat indah. Sebab?? baby dah gerak-gerak..so,somel and cute miut die. Bila duduk diam,tengok perut, I saw it kicking softly. Tunggu 24week++ kita check gender ye sayangku :)

"Ya Allah, peliharalah anak di dalam kandungan ku ini. Kau besarkanlah dia dengan sihat dan sempurna. Cukupkan sifat-sifatnya, sempurnakan akalnya, sempurnakan fizikalnya. Kau berilah kesihatan yang baik kepada anakku,kasihanilah anakku kerana dia masih kecil. Ya Allah, kau jadikan anak didalam rahimku ini seorang anak yang soleh/solehah,baik budi pekerti,berakal dan kau fasihkan lidahnya supaya dia dapat membaca hadis dan Alquranmu. Kurniakanlah akal yg cerdik kepada zuriatku ini Ya Allah..Kau tetapkan rezeki,pekerjaan dan kehidupan yang sempurna untuknya. 

Ya Allah, kau lahirkanlah anak di dalam rahimku ini dengan kelahiran yang mudah dan sempurna..sesungguhnya aku bertawakal padaMU.." Ameen..







we love you so much...my little caliph..



Tuesday, July 1, 2014

9 MONTHS : Kisah Hamilku

Assalammualaikum semua..

Head line pun dah tahu kan aku nak story pasal ape. Blog sunyi sepi since 4bulan yang lepas kot. Tup,tup update pasal pregnant. Syukur Alhamdulillah, dah 13+ week. Rezeki dan berita gembira ini diberi Allah setelah hampir 5bulan kahwin.  Setiap orang ade pengalaman hamil masing-masing. Sama jugaklah macam aku. Bukan senang nak dapat double line kat UPT tu !

Aku bukan pempuan yang kahwin sebulan terus lekat, bukan juga pempuan yang jenis merancang nak anak after a few month nikah baru nak ada anak. Aku pempuan yg menyerahkan apa adanya dan seadanya pada sang pencipta dan pemberi. Ade orang kahwin 2minggu dah lekat, ade orang yg kawen setahun,dua tahun malah bertahun-tahun masih belum diberi rezeki. Sabar ya sayang, Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Aku tahu macam mana perasaan itu! sebab aku pernah alami. Walupun cuma beberapa bulan je baru nikah. Kalaulah kita boleh mencipta anak, tidaklah mulut-mulut mereka berkata dan bertanya macam-macam soalan. menyindir itu dan ini. Hakikatnya, teruskan usaha dan berdoa.. ALLAH ada :)

Aku rasa, sepanjang tempoh 5bulan aku kahwin dah dekat 5 atau lebih kali kot aku buat UPT dan hasilnya semuanya -ve ! hahaha. Lewat period sikit, dah kalut beli UPT. Tanpa pengetahuan suami ok. Hubby x pernah tahu pun yang aku penah test beberapa kali sebelum ni. (ops! sorry abang..)

Bulan 3 baru ni, 2,3hari sebelum period, aku pergi berurut sebab pinggang aku sakit sangat, PMS agak teruk bulan ni. Dah alang-alang berurut aku mintak Kak Atek (tukang urut) naikkan peranakan aku, kot-kotlah lari tah kemana-mana tak duduk tempat yg betul. Salah satu usaha jugaklah kan.

16/3/2014
Seperti biasa dia datang as usual. Hari kedua still sakit perut lagi, aku ponteng x pergi kerja. Melepek kat rumah bertemankan Losyen Anugerah. Mase bulan ni, aku dah x berharap ape-ape dah. Tak menangis dah macam bulan-bulan lepas. Bila period je menangis kecewa sebab x da baby lagi. sob..sob..! Aku dah bedal Mcd. KFC.. sebab aku malas berharap dah. Allah nak bagi dia bagi.

Tapi, dalam masa yang sama..aku sebenarnye masih berharap dan terus berdoa dan berdoa.. ok ! next period 18/4/2014.

12/4/2014
Bulan ni tibe-tibe mood nak ajak hubby pergi bercuti. Plan nak g Pangkor je, tup tup lepas ke Penang.Tak pelah, musafir..bukan ke doa orang Musafir tu makbul ? Walaupun sebenarnye mase ni aku dah rasa dah tanda-tanda cik P nak datang. Tapi, tunggu punya tunggu sampai 18/4/2014 Cik P tak datang-datang.


Kat dalam bilik hotel ni, perut dah nampak sikit tu.Itu lemak :P


19/4/2014
PMS pun dah x rasa. Excited !!  pergi farmasi beli UPT test Clear Blue Digital. hahaha. Tanpa pengetahuan Hubby. Mase tu hari sabtu, hubby tengah duk buat air kat dapur. Aku senyap-senyap test. dan hasilnye...




Sangat kecewa, ye lah kecewa ! dah la benda alah tu mahal. Ok fine.. x de baby lagi. Aku buang benda ni kat tepi jalan. Tak nak Hubby tau. so.. tunggu jelah sampai dia datang. Lagipun masa awal-awal2 kawen tu period pernah lewat 2minggu. Mase tu expect dah pregnant, tapi..tup..tup..hampa jugak.

26/4/2014
Cik P x datang-datang jugak.. Dalam minggu ni, aku demam + x sedap badan. Hati dah gundah gulana. Tak puas hati, pegi watson beli UPT. Kali ni beli yang murah punya, rm5 cam tu la. Saje-saje nak test, mana lah tau kot-kot ade.Tanpa pengetahuan hubby jugak ni. Dan hasilnye...



(sumber google)


Kau rasa ape aku rasa? I'm still not pregnant. Just waiting je lah Cik P datang..ok, lepas ni aku takkan buat dah UPT. FOBIA !! FOBIA upt negative !!!!! senang cerita x nak kecewa. :'(

Tapi..dalam masa yang sama aku masih berharap sebab naluri aku cakap dah ade. Ok, remind kat phone if 1/5/2014 still x menjengah jugak, cek lagi sekali sebab aku x pernah lewat sampai lame macam tu. 


1/5/2014
Still tak menjengah dan tanda-tanda period x ada.. Semakin kuat naluri. Tapi, risau jugak..risau + bimbang. Tak sempat beli UPT sebab balik kg. Ok, xpelah sekurangnye aku tak fikir pasal tu. 


Cik Hubby, pegang perut..

" Ayg dah lama x period kan? tak nak test ke?"

Serta merta air mata ni jatuh.... dalam hati aku cakap
" Abang, kalaulah abang tahu yang ayang dah banyak kali test tapi x ada baby lagi, mesti abang sedih kan?"

Aku cuma cakap..
"Nantilah dulu, ayang takutlah nak cek.."

" Ala, kenapa takut nak cek? jap lagi kita beli ye."

" Tak nak bang..nanti-nantilah tau.."

Ok, habis scene air mataku..aku masuk bilik tidur. Malas fikir !


4/5/2014
Balik KL..tanda cik P nak datang dah x ada langsung. Cuma lately cepat letih dan kuat sangat tidur.Mungkin sebab aku kuat kerja and rajin sangat buat OT. Selera makan macam biasa. Tak ada tanda-tanda mengandung pun. No expect ape-ape..Sampai sekarang tak period lagi. Dah lewat sebulan..


12/5/2014
Aku nekad dan beranikan diri ajak husband pergi beli UPT. Walaupun sebenarnye aku takut hasilnya mengecewakan. Tapi, aku percaya pada naluri dan serahkan semuanya pada rezeki Allah. Balik kerja hubby terus bawak pergi farmasi. Aku beli brand SURE & QUICK PLUS.

Ok, dah beli cakap ngan hubby, pagi esok nak test. Hubby pulak duk paksa test petang ni jugak. Sampai-sampai umah terus suruh test.. Aduh.. risau + takut tak payah cakap..

Sampai rumah terus hubby suruh p toilet dan hulur UPT tu. 

Aku pun p toilet, kencis kat bekas die bagi tu. Dah selesai.. aku panggil hubby, nak buat depan die....

"Abg, ayg nak test ni, kalau ade, rezeki kita..kalau x ada, macam mana?"

"InsyaAllah, ada.."

Tiga titik aku letak kat UPT tu..dan hasilnyaaaa...



(12/5/2014, 0625pm)

(12/5/2014, 0625pm)



Finally ! syukur yang tiada terkata.. Allahu akbar.. Kau la pencipta dan pemberi segala nikmat. Syukur Alhamdulillah.. sangat jelas dan terang line tu.. ;)

Hubby, speechless ! ini yang kami tunggu selama ni. Terima kasih Allah atas nikmat ini.. Akan kami jaga dengan sepenuh amanah dan kasih sayang...

" Abg, kat kotak ni cakap kalau dua line pregnant kan? ayg dua line kan?"

"Ye syg, ayg dua line, pregnant...esok kita g klinik ye"

" Abg, ayg happy..................."

The next day.. pergi scan..tak nampak baby lagi. Too small..baru nampak kantung je...


Itu, yang Doc bulatkan tu la die. Kecik sangat lagi anak mama mase ni. Baru 4week....

Semoga membesar dengan sihat dan sempurna ya sayang... Jadi anak yg soleh/solehah...Mama dan Papa sayang baby dunia akhirat..

See...susah sangat nak dapat double line kat UPT tu ! mungkin sebab, Allah tak bagi aku sorok or rahsia ape-ape dengan suami sendiri kot. Sebab tu la 2x aku test semua negative. Test depan hubby, terus positive! hehehe....

Last 2week, dah buat buku pink kat klinik. Doc scan, dah nampak dah baby gerak-gerak and also I saw it heartbeat ! Mase check up tu baby dah 11week+. So cute u sayang ! cant wait to see u :)





Wednesday, February 12, 2014

Doa untuk dipermudahkan mendapat zuriat.

Selamat malam..

oh! rupanya bukan senang nak dapat baby kan? Siapa nak baby, up your hand! hehehe.. Macamlah dah angkat tangan 5 minit baby dah ade dalam perut, kan?? 8.2.14 hari tu dah cukup 2bulan kahwin. Tapi, masih belum rezeki di kurniakan baby. hihihi. Tak pe.. usaha lg shada !

Pasangan yang berkahwin atas muka bumi Allah ini.. tak ada siapa yg x inginkan zuriat dan bergelar ibu dan ayah. Tapi.. rezeki Allah.. bukan di tangan kita. Insya Allah, satu masa kita akan beroleh rezeki dan kurniaan Allah Yang Maha Hebat ini..

USAHA, DOA & TAWAKAL..



' Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. sesungguh-NYA engkau sentiasa mendengar (menerima) doa '



Setiap kali lepas solat..amalkanlah doa ni.. bila duduk sorang-sorang, jalan-jalan atau buat apa-apa.. tiba-tiba teringat n teringin nak anak, bacalah doa ni.. Jom sama-sama praktik jadi muslim yg lebih baik, banyakkan bertaubat, beristighfar, membaca Al-quran dan jaga solat!



Ameen Ya Allah.. semoga semua hajat para pembaca ingin bergelar ibu ayah terlaksana.. doakan sy juga.. :)




Tuesday, February 11, 2014

My wedding story..

Aslm.. selamat pagi..kalian dan kalian.. berbulan-bulan dah x update blog ni. weehuu.. sibuk sudah uruskan majlis kahwin. Dah 2bulan pun selamat jd Puan Nor Shahadah :)

Sebelum majlis perkahwinanku, memang macam2 dugaan yg bertimpa. Hati jadi resah.. gelisah yg x sudah. Mana x resah gelisah.. majlis perkahwinan aku jatuh betul2 musim tengkujuh. Salah pilih tarikh mungkin ! Minggu-minggu terakhir kepala duk risau pk pasal wedding..

Macam mana kalau hari kejadian hujan.. ade ke orang nak datang?
Macam mana kalau banjir.. macam mana kawan2 n sedara mara nak datang?
macam mana kalau air Sg Bera naik? macam mana Sang suami n sang MUA nak datang?

oh! sangat mengganggu emosi.. fikiran berkecamuk. Duk dalam bilik.. memerap, menangis. ok.. tu je yg mampu.. berdoa n redha.

Alhamdulillah..... dah 2bulan berlalu... selamat sudah dan bahagia..

ok jap..cuci mata dulu tengok pict2 hari bahagiaku :)


Nikah ( 07/12/13)
Busana : Riedzs Bridal Collection
MUA : Riedzs Bridal Collection







Wedding Day (08/12/13)
Busana : Riedzs Bridal Collection
MUA : Riedzs Bridal Collection
Dais/meja makan : Riedz Bridal Collection
Cake : Rodziah Halmi
Photog : Warisan Photography










Bertandang (11/12/13)
Busana : Sha liza bridal
Pelamin : Riedz bridal collection
MUA : Juhasnida Samsudin


Outdoor
Photog : Warisan Photography
Location : KTM, Triang Pahang.




Manis sungguh rasanya alam rumah tangga..ada suami yang sangat penyayang.. sangat penyabar.. sangat menghiburkan..sangat dan semua yg sangat2 utk suamiku tercinta. kiss sikit kat abg! muaahx (:*

Alhamdulillah.. sudah 2 bulan menjadi isteri kepada sang suami yg sangat dicintai.. syukur. walaupun hati agak sedih sikit sebab masih belum rezeki dikurniakan anak. Ok, ambil positif.. masih awal dan masih boleh berusaha keras. ya! berusaha keras utk hamil..

Tak ada siapa dalam dunia ni yang berkahwin dan xnak mempunyai anak. InsyaAllah, ade rezeki Allah beri nanti. Usha, doa and tawakkal ya..

Semoga bulan ini, beroleh hasil.. Ya Allah.. kurniakan aku di sisiMU zuriat.. sesungguhnya KAU maha pemberi segala hajat. Aminn Ya Allah..