Saturday, January 5, 2013

Darah Manis

Assalammualaikum... Hai.. Hari Ahad, hari ni agak lewat woke up Solat Subuh. Bangun-bangun terus menggelabah masuk bilik air, take wudhuk.. Penat semalam keluar kot. Padahal balik before 12pm. Pagi ni, bangun-bangun tidur, tiba-tiba pulak rajin nak taip entry ni..

' Darah Manis'



Before aku bertunang pun, dah ramai kawan-kawan aku yang dah bertunang, nasihatkan aku macam-macam. Majikan aku pun, ade cerita pasal kisah tunang dia kat aku. 

' Banyak-banyakkan bersabar masa tunang nanti Adda.'

' Adda aku nasihatkan ko x payahlah bertunang, kawen terus je. Aku since bertunang, asyik bergaduh je dengan tunang aku.'

' Proses membaling cincin tunang adalah perkara biasa untuk pasangan bertunang. Kalau boleh, jangan ikutkan sangat amarah tu semua, syaitan semua tu.'

So, daripada pengalaman mereka, aku dah simpan dalam kepala, everything happen after engaged nanti please lah make a right decisions. Please lah, be mature whatever u did. Please lah, Shada jangan jadi budak-budak..If ade ape-ape problem, please lah face to face, discuss sama-sama, settlekan sama-sama. Mental kena kuat. Iman kena kental.. 


Aku agak confused sebenarnya dengan perkataan 'Darah Manis'. What means? Untuk mendapatkan kepastian aku pun menggooglekan diri. Setelah menelaah beberapa minit, barulah aku tahu ape tu yang dikatakan darah manis.

Sebenarnye "darah manis" ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yg tengah bertunang. Ianya ialah merujuk kepada kebarangkalian kepada benda-benda yg tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain nye ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan.

Reference yg menguatkan lagi fakta:
Kamus Dewan terbitan DBP (1970) memasukkan ungkapan ini di bawah kosa kata 'darah' dengan makna: mudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan dengan orang yang bertunang).
Contoh:

  • Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini aku setuju la cz ada sebab musabab yg kukuh..
  • Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi aku kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa2 pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.
  • Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang utk menjadi perhatian orang. So if dulu sebelum tunang tak da orang yg pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang berkenalan. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kte buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu.

Oooo, ini rupanya darah manis. Mungkin mentaliti masyarakat melayu ni yang berfikiran benda-benda cam ni. Lepas bertunang je, mesti selalu bergaduh, mesti banyak dugaan. Before bertunang pun ade jugak bergaduh and semua orang pun mesti ade dugaan masing-masing yg tuhan nak uji. Everything happen, sama-samalah berdoa semoga Allah merahmati tujuan dan niat kita.. Jika Allah izinkan, In Sya Allah, semuanya berjalan lancar...

Wassalam :)

3 comments:

Areyna said...

salam... thanz for information about "darah manis". dh lama sy try cari..heheh. hope kita sama2 dpt harungi tempoh darah manis ni yer....

http://arenamuslimah.blogspot.com/

arena said...

thanz 4 this entry....bnyk ilmu yg sy dapt... http://arenamuslimah.blogspot.com/

Unknown said...

wslm. hye, thanks sudi bace.. iye, mcm tulah sbnrnye drh mnis. hehe. selamat mengharugi :) ape2 pn yg penting sabar n memamahmi.. :)