Saturday, July 14, 2012

Kisahku Umrah 2012 Part 2 ( Pasport & Visa )

Orang cakap bukan senang nak ke sana. kita akan sering diuji, diuji dan diuji. Allah nak tengok sejauh mana kekuatan, kesungguhan kita nak pergi menghadap Dia. SubhanAllah.. masa buat persediaan pun dah diuji.

' SABAR SHADA EVERYTHING IS UNDER CONTROL.. ALLAH SEDANG UJI KAU'.
( Menangis ! )

December.16.2011 aku cuti separuh hari sebab petang tu mak aku suruh balik kampung tangkap gambar pasport. Ok, 2PM dr sekseyen7 Bangi-Semenyih-Beranang-Jelebu-Pelangai-Bukit Mendi.Aku kene sampai Bukit Mendi before 5PM sebab kedai gambar tu tutup pukul7.Perjalanan dr rumah aku nak g kedai gambar tu pulak amik mase dalam 40minit..

Rahmat Allah hujan hari Jumaat. Sampai kat Semenyih, hujan mencurah-curah turun. lebat masyaAllah. Aku tak boleh memandu waktu hujan. Berhenti sekejap dekat R & R Beranang. 10minit habis masa kat situ. Jam dah pukul 3pm. Hujan tak stop lagi . Aku gagahkan jugak drive lorong kiri and double signal. Kelajuan 80KM.

Sepanjang perjalanan dari Semenyih - Pelangai hujan tak stop. Alhamdulillah dengan kelajuan 80 - 100km dalam waktu hujan lebat tu aku selamat sampai rumah 5pm. Selalu kalau x hujan 2jam dah sampai. Then g tangkap gambar..

Klik..Klikk.Klikk.
:)



December. 17. 2011 hari Sabtu pi buat pasport kat Temerloh.. orang tak ramai lagi sebab too early ye aku sampai. orang baru nak masuk ofis. So, pi isi perot dulu kat benteng Temerloh. Lepas makan terus pi Imegresen semula. 

and the second time Allah menguji lagi... 

1st pergi cakap system down so x boleh proceed buat pasport. ye la sekarang kan semua benda bagai pakai komputer. so, kene tunggu la beberapa jam kat situ. sementara tunggu system ok semula. Pi cucuk vaksin kat Klinik Sulaiman. RM100 something la. Dekat 2jam tunggu system x ok,ok lagi. Fine. tunggu lagi sebab esok aku dah nak kene balik Bangi. Bila lagi aku nak buat. Nak buat dekat Putrajaya macam leceh pulak sebab pasport tu kene bg kat ketua jemaah next weeknya. Cam ne pun kene settle kan hari ni jgk. 

Dekat 3jam tunggu masuk balik ofis tanya.. hehehehe. 

Elektrik tak ada :)

mama said ' Tengok kita tak pergi lagi Allah dah uji, belum kita sampai sana lagi, kat sana jangan cakap besar '

' ok mak! '

So, aku pun balik lah rumah. Mengambil keputusan cuti pada hari isnin and settlekan ape yg belum settle. before balik ketua rombongan mintak kat aku gambar visa so.. aku nak bagi la empat2 keping. tapi dia cakap dia nak satu je gambar. so, ak bg 1 je la sbb aku ingat memang guna 1 je kot gambar... yg lg 3keping aku simpan semula dalam handbeg LV aku ni. hahaha. LV la sangat. LV cap uptown hado!

December. 19. 2011 Isnin, pagi-pagi dah g settlekan pasport. Alhamdulillah, kali ni system da ok, elektrik pun cantik sampai beku aku duduk dalam tu. pasport settle ! So, lepas settle aku pi shopping la ape lg. Pi beli jubah, beg, stokin, tudung tah ape2 lagi semua beli. Excited punya pasal. Tengah bulan pulakkan banyak sangatlah duitnye nak shopping. Petang lepas asar aku balik kajang semula. sampai 8pm.




Nor Sahadah BIN Ahmad lah sangat.



December. 20. 2011 Selasa, Aku kerja macam biasa. Berperang dengan budak-budak yang macam-macam hal. sabor je la! tibe-tibe tepon berderinnnggg...

Cikgu Baharum calling.

'Ye cikgu, kenapa telefon ye.'

'Shada, gambar visa tu shada ade bg kat mak or kat shada?'

oh my God.. gambar Visa dalam Handbeg LV cap uptown tu. Handbeg tu ade kat bilik. bermakna gambar tu ade dengan aku. -_- !

'ade dengan saya cikgu.'

'shada kalau boleh nak gambar tu selewat2nya esok ye sebab sy dah nak bg semua ni dekat ketua rombongan'

'esok???? ok.'

heheheheheehehe. gelak seko..seko c( :


Cam no den nak buek nih. esok dio nak poe anto semua dekat ketua rombongan. bermakna hari ni la aku kene hantar gambar tu. Baru balik malam td. Fine! aku x mx half day. aku kerja macam biasa. OT petang pulak. amik kau pukul8pm baru habis kerja. Nset pulak habis bateri. satu kerja pulak nak cari travel charger. 

830pm bertolak dr bangi. Speed habis sebab jalan Jeram toi tu seram banget donggg! aku drive sorang2 dongg, perempuan pulak tu dongg.. nak x nak aku terpaksa jugak beranikan diri balik kampung malam tu jugak. Nak ajak org teman? siapa nak teman esok masing2 kerja. Boyfriend ade tp tgh konflik besar! so, abaikan pd mereka yg x mengambil peduli . SIGH*

110/120KM.. kelajuan. sampai pukul 940pm. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. aku pengsan sebab penat. 1jam 40minit ya. Malam tu aku terlelap sampailah dapat satu panggilan


HAPPY BIRTHDAY
MESEJ BIRTHDAY

WHAT A BEAUTIFUL DAY? AKU LUPA YG SEBENARNYE MALAM TU BIRTHDAY AKU.  21th.DEC.2011. ALHAMDULILLAH, ALLAH MENGUJI KEKUATAN DAN SEMANGAT AKU PADA MALAM USIAKU 22TAHUN.

Aku wanita cekal lagi kental. kalau kau berani? drive malam buta sorang ikut jalan hutan yg penuh berhantu? hahaha. Boyfriend (EX)  plak macam tahik. Wish birthday pun tidak. Hidup ni x perlu sangat nak bergantung kat orang. Berdikari sendiri lg bagus, puas hati x menyusahkan orang. Aku tak ada kau pun aku boleh hidup. ade kau pun serupa tak ada. teeetttt ! full stop.

December. 21. 2011 Rabu.. Birthday Girl wake up sangat pagi buta ok. 5am bertolak dr Mendi nak sempat masuk kerja 8am. Bertolak pagi buta lagi lah seram sebab semua orang tidur. malam ade jugak lah kete2 follow. ni satu kete pun xde. Ya Allah.. takut gile. dengan kabus bagai. kete aku sorg2 kat jalan hutan simpang durian tu. Nasiblah sampai Jeram Toi dah subuh. so, lepas dr jalan puaka. Birthday girl too tired.. ngantuk sangat! sampai tempat kerja 8am, terus buat kerjaaa.. waaaaa!!

and tiba-tiba


SURPRISE !
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO HUNNY BEE
HAPPY BIRTHDAY TO U.

Alhamdulillah.. genap 22tahun.. Alhamdulillah, Allah menguji pada malam hari dan Dia bagi aku kegembiraan siang hari. Alhamdulillah, settle semua perkara sebelum berangkat ke Mekkah. cuma tinggal mempersiapkan diri.. Thanks Allah u gave me strenght. Thanks to my friend yg x lupa birthday Bella & Kak Mas! 




Next---> Continue Part 3 Rukun-rukun Umrah. Stay Tuned ya -_-

Friday, July 13, 2012

Kisahku Umrah 2012 Part 1

Assalammualaikum.. readers. Alhamdulillah tahun ni impian nak mengerjakan umrah tercapai. Semua dengan izin dari Allah yang esa. Di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik, di beri masa dan peluang dan di bukakan hati untuk lebih mendekatiNYA. Kata orang aku beruntung muda-muda lagi dah dapat ke sana. YA.. alhamdulillah. InsyaAllah semua akan berpeluang sampai ke sana juga. Ade sesetengahnya di uji dengan banyak duit tapi sayang hati tak terbuka nak ke sana, ade juga sesetengahnya teringin ke sana tapi di uji dengan kekurangan wang ringgit. Kata ustaz sewaktu sessi kursus umrah yang bawa rombongan kami ni. Kita semua telah dijemput oleh DIA untuk pergi rumahNYA. Masa tu air mata tibe-tibe mengalir. Alhamdulillah, DIA mendengar doa-doa dan niat aku ke sana.


Sebelum ni tak pernah terfikir pulak nak buat Umrah. Last year ex majikan aku ade company travel yang bawa orang-orang pi wat Umrah. Jadi masa bulan puasa makin rancak lah travel Umrah dia. Setiap kali jemaah umrah nak berangkat, boss akan buat majlis berbuka puasa, solat hajat dan bacaan yassin dekat rumah dia. so, aku join je lah. Dalam masa beberapa kali menghadiri majlis tu, dalam hati tibe-tibe terdetik. 

'Urm.. bestnye kalau dapat join. Tengok Kaabah, sembahyang dekat masjidil haram, Masjid Nabawi'

Then, x lame lepas tu, tangan yg suke menggatal ni pun post lah status dekat FB.

' Teringinnya nak g umrah '
then beberapa orang rakan memberi komen yg positif. Lagi membara niat..


Bila aku balik kampung. Aku pernah cakap kat mak
' Mak, teringinnya nak g Umrah'. dengan niat mak faham niat suci aku ni :). Mak pun cakap

 'Awak ade duit gi lah'. mak senyum-senyum kat aku. 
urmmm. 5k, 6k.. mane aku nak cekau duit banyak macam tu. belum lagi belanje dekat sana. So, cerita tu habis kat situ. 

Tak berapa lama lepas tu.. cuti Maal hijrah. Bulan bape ye last year? Aku tak berapa ingat. Aku baring-baring atas sofa borak-borak kosong dengan Ma sambil tengok cerita di bawah




Ye cerita ni.. 'Alangkah bagus aku jadi macam wardina.. di beri hidayah, InsyaAllah iman dan semangat yg teguh'. Last scene ni dia ade buat kat satu masjid.. tak sure masjid ape. tapi cantik sangat. aku cakap kat mak

'Mak cantiknye masjid tu..' then mak jawab.

'Mak memang nak pergi pun....'

??????? aku blurrrr. ' Gi mane?'

' Gi masjid tu la.. '

'Masjid tu kat mana?'

'Bukan masjidil haram ke tu?'

'Tak tahu.. mak nak gi mekah ke?'

Mak senyum.... 'awak nak ikut tak..'

'Nak laaaa !' ... I LOVE U MAMA !


 sambung Part 2.. Dugaan sebelum bertolak.

Thursday, June 2, 2011

stacy - kisah dongeng

Saya penat la......... ;(



Saturday, May 21, 2011

cincin belah rotan..


tidak aku pinta
malapetaka datang menimpa
bertahun menjalin cinta
kau dan aku terpisah jua

bukan aku meminta
tapi takdir memaksa
cuba pertahankan juga
tapi sayangnya jodoh tiada

kuat aku menahan air mata
kau tidak pedulikan juga
kuat aku pertahankan cinta
kau tetap sebegitu rupa

bukan sekali
bukannya dua
berselisih benda yg sama
aku kuat pertahankan cinta
tapi sayang kau tak menghargainya

kite cuma insan biasa
lemah godaan dunia
kerana takdir terpisah jua
semoga di kau bahagia
dengan cara hidupmu..sebegitu rupa

ku menangis..
berendam air mata
kau hanya memandang sebelah mata
tujuan ku jumpa mu cuma
ingin memulangkan cincin belah rotan kita.
wassalamualaikum
semoga di kau bahagia
dengan hidupmu..sebegitu rupa....


created by :hunny bee 31.jan.2011

Friday, May 20, 2011

21.MEI.2010 - 21.MEI.2011 GENAP 1 TAHUN PEMERGIAN ARWAH SAHABAT SAYA..AL-FATIHAH.

satu tahun sudah pemergian sahabat karib saya ALLAHYARHAMAH NOR SHAHIDA CHE AHAMAT di sebabkan oleh kanser limfoma yang d ihidapinya selama lebih kurang 3bulan setelah mengesyaki beliau mempunyai penyakit tersebut..mudahan beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH..



saya rindukan arwah....


Wajib sebelum berkahwin..


KERJAYA

Yes..first things, aku mesti dapatkan kerja dulu. ade kerjaya sendiri, kerja tetap. aku jugak percaya, lelaki sekarang semue nak perempuan yang bekerjaya kan? lagi pun, belaja tinggi-tinggi..lama-lama tak kan tak kerja pulak kan?? semuenye material sekarang. kawen bukan selamanya berdue.. kene fikir tentang itu.lagi pun, kerjaya adalah jaminan kita untuk mase akan datang..kita tak tahu apa akan jadi masa kan datang..kan3??

SIMPANAN

Yes da second things is, mesti ade simpanan dalam asb..at least 10k. huahuahua. terkentut aku dengar. 10 hengget pon susah nak simpan,mau 10k. oklah, kurangkan sikit. at leat 5-8k...

KERETA

Ok, yang ini. alhamdulillah, aku dah dapat..hadiah dari mak and abah..sayang kamu sangat3!! terime kasih mak & abah...ade kereta sendiri senang. x payah harap si habi je nanti, cz dy bukan selalu ade dengan kita. fikir tentang itu. beridkari sendiri je ye. tak nak menyusahkan habi saya nanti..

BALAS JASA MAK & ABAH

Dah jadi wife nanti, kite dah jadi milik si suami kan. so, di kesempaan sebelum kahwin tu, at least nak bagi la hadiah @ sesuatu pada mereka...i will.........saya sangat sayangkan mereka.

ILMU

Saya nak belaja banyak perkara mengenainya sebelum saya melangkah ke alam perkahwinan. saya tak mahu jadi isteri yang membebankan suami saya kelak dan ibu yang tak tahu jaga anak...jadi saya perlu lengkapkan diri dengan ilmu yang cukup..ilmu agama & keibu bapaan..

MASAK

Saya takut bab ini. nak cakap pandai masak,pandai..tapi..x tau la kne selere tekak si habi n mak mertue ke tak. kalau di suruh masak lauk-pauk yang biase-biase orang masak, insyaAllah dah boleh. skunx belaja wat kuih, nasi n mee bagai. takot lak kot-kot dapat si habi n mertue yg suke makan n masak benda2 cm tu an..huahuahua. juga nak belaja masak lauk-pauk raya rendang, serunding, kuah kacang sebab saya x reti.hahaha! juga masakan jawa, pecal, lontong, soto,daging palembang...kot la mak mertue nak merase tradisi jawa kan. 'adda, mak teringin la nak makan pecal, kan sedap kalau adda buat tuk mak' huahuahua. menanges!


enough..that all...skema gile ayat aku untuk scene ny. boleh ke?

SA: Mudahan dapat di realisasikan..dengan izinNYA


Saturday, May 7, 2011

Kisah Lawak 22tahun ( setori 2)

Semekom!
mak ai...berhabok doe! tolong lap jap,boleh tak? hahaha..hari ni baru ade mood sikit nak menaip..nak setori la..lawak 22tahun.

errmm..cam ne nak start erx?ok!!!

hari tu,mase aku pektikel kat klang kan..aku ade sorg kawan..kawan aku ni dy sakit perot, x taw la ape masalah perot dy mase tu..mase tu sume dah tido..aku pun dah tido..aku tido awal hari tu,cz esok aku x mengajar.


tengah duk syok-syok tido..tibe-tibe,si kawan aku sorang kejut.
'adda..bangun..suzie sakit,macam mane ni?'

aku dengan muka blurr pun bangun la..aku tak cakap ape-ape..aku diam je.....

lepas tu kawan aku tu,p kejot kak yati..suh bawak pi spital la kan..mase tu tengok jam baru pukul 230am.

aku ingat nak tido balik la kan (punye selfish!hahaha) sebab aku blurr mase tu,macam mamai2 lagi. tapi,kawan aku ajak p spital skali..aku diam je,x cakap ape-ape...aku bangun la dari katil...

aku pun turun la pimpin kawan aku..satu rombongan p spital..5orang sekali g tu.hahaha..

aku dengan X BASOH MUKE,X SARUNG TUDUNG,X SIKAT RAMBOT,X IKAT RAMBOT,BAJU MICKEY MOUSE LG TU,SUWA PINK.... hahaha..boleh g spital macam tu je....aku pike,lantak la...bukan ade orang pun pagi2 bute ny..lagi pun..mmg aku blurr gle mase tu..

sampai-sampai spital,aku bawak kawan aku reg kat kaunter..tibe-tibe....

ade sorang mamat kerja spital tu,dok senyum-senyum,sengih-sengih n kenyit-kenyit mate..aku pun pandang la kiri,kanan..pusing depan belakang...xde pun orang dekat-dekat dengan aku..aku pun pandang la dia dengan muke pelik..dia pun tunjuk jari ke arah aku..aku pusing lagi belakang,tengok ade orang tak kat belakang..mamat tu panggil aku..aku wat don knoe je...dalam hati,apehal la mamat ny...sewel!


lepas kawan aku sume da masuk spital,aku ni nak kuwa la,lepak kat luwa cz dalam tu sejuk sangat,aku pulak pakai lengan pendek..kulit aku ni x boleh sejuk2,nnti naik merah gatal-gatal.mase nak kuwa tu..........


mamat yang dok sengeh seko-seko,yang mate dy tekehel tu..bukak pintu n tarik tangan aku,masuk bilik ubat..cuak gile!!!


kau tahu dy cakap ape??

'awak ni comel la...saya tego td awak x layan pun..duduk la dulu kita borak-borak,kawan awak tu lame lagi..'

aku ni pun jawab..

'mate awak ny spero ke??x pon kne operation tukar kornea mate?saya nak kuwa...'

lepas tu dy jawab

'saya tak kasi awak kuwa,klu x bg no tepon..'

hah!! ak nak xnak..tepakse la bagi......daripada ape2 jadi kat aku kan??

xlame pas scene tu,ade orang ketok pintu...tengok2 kawan aku....nasib alhamdulillah!!x jadi ape2 kat aku..

lepas tu aku kuwa tebahak-bahak aku gelak!! bodo punye orang muke yg x basuh bangun tdo,selekeh,serabai macam ny dy cakap aku comel...sah!! mental..adoi........

begitulah lelaki....macam-macam hal..macam-macam perangai............

lepas tu aku sampai umah,tengok2 miskol dekat 20kali.no x save..mungkin mamat tu...
esok dy kol,aku terus terang cakap dah bertunang....then dy x kacau2 aku dah...hehehe..gile sungguh lelaki tu kan?

p/s:kalau nak kene ngorat..tiru gaya saya ye...kahkah