Sunday, July 7, 2013

Tips kurangkan kos perkahwinan.


Assalammualaikum....



Yey !! lagi  bape bulan lg nak kahwin. haha. Excited bebenor.

Ya Allah, please ease everything..ameen ..

Haruslah excited. sape yang nak nak kahwin x excited. Ye dak? lagi-lagi aku dengan tunang dah dekat 8 tahun kenal. Bukan satu mase yg pendek aku rase. kapel, putus, kapel, putus. dugaan, cabaran, ketawa, sedih, menangis.. semua dah rasa. Jatuh bangun kami.. susah dan senang kongsi bersama. hahaha. POYO!

Makin nak dekat. Makinlah serabut kepala otak ni. Macam-macam benda pikio. Duk tak habis duk menyenaraikan ape-ape yang nak di settled kan. Buku nota dah bermacam-macam jenis. Dok asyik tulis benda yang sama. Selagi x settled, selagi tu lah ! runsing......

Duit hantaran ade macam-macam jenis cara orang bagi. tengok pada family masing-masing. Ade yang dapat sedepok waktu bertunang, ade yang dapat beberapa bulan before majlis, ade yang dapat separuh-separuh and ade yang dapat sedepuk waktu kahwin.. Ape-ape pun, pandai-pandailah uruskan kewangan masing-masing. Duit hantaran tu sebenarnye aku tak tahu pun untuk ape? hahahaha. Yang aku tahu duit hantaran dapat kat aku. haha.




Memandangkan aku sorang yang sangat detail and skema dalam bab duit dan sangat 'penjimat' orangnya. So, aku dah senaraikan beberapa benda yang boleh jimatkan kos kahwin. hahaha. Mai nak ajar ang pa B2B semua...

Tips kurangkan kos perkahwinan..



1. Cari sponsor banyak-banyak.

 Hahaha. Sape yang kaki bodek, mulut manis tu, gunakanlah kelebihan anda tu time-time cenggini.   Contohnye : ' Kak, sponser kek kahwin boleh x untuk adik kesayangan akak ni? x sampai pun 100. boleh la
                     eaa.. eaa..
Minta je sponser ape-ape dari sedara mara or adik beradik korang. At least, dapat kurangkan kos sedikit sebanyak. heeee.

2. Cari pasangan orang dekat.

Haaaa. dapat jimatkan kos pengangkutan. ye dak? kalau dapat jiran sebelah rumah lagi syok. Buat majlis sekali je. ahahahaha.

3. Tetapkan tetamu yang datang.

Dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Boleh tetapkan bajet untuk cenderamata, makanan, kad kahwin dan sebagainya.

4. Bergotong royong.

Lebih baik buat gotong -royong. Kita cuma perlu keluarkan kos beli barang basah sahaja. Sekarang memang ramai yang ambil katering. Senang.. jimat masa and tenaga. duduk goyang kaki je kan. Tapi, tulah... mahai. paling kurang RM10x1 kepala. kalau 1000 orang datang dah 10 ribu. Tapi, banyak juga catering yang ade kos murah. pepandai la survey. Hari tu mak abah aku g survey. Termasuk konopi semua bla..bla..bla.. rm13k. tepuk dahi aku dengar. Tak tahulah dorang amik ke tak. tapi, kalau nak sponser.. anakandamu ni tadahkan tangan saje. huhuhu


5. Pilih pakej andaman yang murah. 

Kalau dah rendah bajetnye. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan nak gah sangat kononnye kahwin cuma sekali seumur hidup, last-last lepas kahwin. ternganga hutang keliling pinggang. aiyoo. First dtg kat butik nak tempah, cakap terus kat orang butik tu yang anda nak pakej yang x lebih dari sekian, sekian harga. Pandailah dia nak arrange. dah memang kerja dia. kan?

6. Elakkan kahwin pada cuti sekolah.

Katanya pihak butik, katering dan barang-barang lain naik harga masa cuti sekolah ni. So, belilah barang awal-awal ye.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi.

Tak mahu kalah dengan saudara mara. Orang biasa letak 5 balas 7. anda letak 18 balas 21. Pilih barangan yang akan digunakan bukan sekadar cantik sahaja. Kalau nak lagi jimat, bagi je makanan banyak-banyak. kan jimat? Tapi.. kalau nak letak hantaran branded ataupun yang gah, make sure saving duit awal-awal ataupun beli time sale. Sekarang ni time nak raya, banyak sale. so, jangan lepaskan peluang !

8. Beli barang sikit-sikit.

Maksudnya. Tiap bulan tu kalau dapat gaji, belilah barang sikit-sikit. Contohnya, nak kahwin bulan 12. Gaji bulan5 beli cadar, bulan6 beli langsir, bulan7 beli kasut.. beli barang awal-awal bagi mengelakkan kepeningan anda nanti ya!

9. Jangan tempah kad kahwin mahal

Kad kahwin je pun. Lepas baca, orang buang. Pilih lah yang kos ekonomi. sekarang ade yang 20sen sekeping kad. lepas tu, satu kad tu, share la majlis korang and pasangan korang. jimat dah kah situ. huhuhu.

10. Buka akaun khas.

Maksudnya, duit gaji anda masuk kat Maybank. anda pergi buka CIMB. CIMB tu khas untuk saving duit kahwin n mase depan anda. Tak adalah korang guna semua duit gaji korang.

11. Buat hantaran and bunga telur sendiri.

Masa nilah nak gunakan kepakaran and kekreatifan anda. Dapat jimat banyak kos kat situ. Kalau tempah hantaran satu dulang standard design rm35. kalau 9 dah berapa?

12. Tak payah ambil photographer.

Gunakan aje sahabat handai korang, adik-beradik, sedara mara tangkapkan gambar korang waktu nikah n bersanding. Jimat kos... Tangkap gambar sendiri, edit sikit-sikit. jimat oh jimat ! Kalau nak jugak, cari pakej kahwin yang include sekali pakej photography.. lebih jimat.

13. Buat majlis nikah and sanding dalam 1 hari.

selalunya kos akan double pada pak/mak andam kalau majlis buat 2hari. contohnye, nikah jumaat, kahwin sabtu. Jadinya, mekap dah jadi harga 2x and kos pengankutan dorg. So, buat majlis nikah pagi.. terus sanding tengahari.

14. Tak perlu hiburan. DJ, karaoke dan sebagainya.

Tak perlu kalau tak ada bajet. Daripada bayar deejay, dah tentu duit tu kita boleh beli peti ais secara cash! Tanpa hiburan dalam majlis, hidup kita tetap akan bahagia. Malah lebih bahagia, berkat.

15. Berbulan madu dalam negara.

survey-survey internet pakej-pakej bulan madu yang murah and ade buat promosi. Kalau teringin bulan madu di oversea, tunggulah nanti kalau bajet dah ade. Tak larinya gunung dikejar. Tempat bulan madu idaman anda tetap jugak stay kat situ. okk.

16. Elakkan buat pinjaman peribadi.

Memang kahwin sekali seumur hidup. Sebab sekali seumur hidup tu lah x perlu nak di bazir-bazirkan. Fikir untuk jangka masa panjang. Buat gah bagai, pinjam bank, personal loan semua, lepas kahwin, pening kepala.

17.  Buat senarai bajet perkhawinan.

sekurangnya korang akan nampak. Contoh.. Bajet anggaran vs bajet sebenar. contohnye, korang bajet kos andaman rm2000. so, tetapkan lah 2000 saje. x lebih.. contoh macam aku buat.

Ini cuma bajet kasar aku. Bajet kurang dari RM15K. Nak kena cari sponser banyak-banyak ni. hahaha.


Buatlah cheklist. yang mana dah settled and belum. Yang mana dan beli and belum.


Yang atas tu, benda wajib kena buat before kawen and yang others tu benda-benda lain yang kena beli and settled.


Ini bajet kasar untuk cik abang ku sayang :p


Ini bajet kasar untuk saya :P

Untuk orang yang skema macam saya, boleh lah merajinkan diri buat cara skema macam kat bawah ni..





* Klik gambar pada gambar.

Ini cuma bajet kasar aku. Tapi, aku rasa kos sebenar lebih kecil dari anggaran yang aku buat... Sponser oh sponser.. :)

Advice untuk B2B.. Jangan bazirkan duit urntuk perkara yang sehari dalam hidup kita.. fikirkan perkara yang kita perlu untuk masa akan datang. Anyway, ukurlah baju di badan sendiri. ok.. nasihat ini untukku juga... semoga bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri and B2B semua ye!

Sekian....



Wednesday, July 3, 2013

Just about life.



Sabar shada. suatu masa pasti kau akan temui apa yang kau cari. rezeki di tangan Allah. kalau hari ini bukan kau punya. In sya Allah, esok atau lusa rezeki itu milikmu. Allah dah menetapkan rezeki kau sejak kau berusia 3bulan dalam perut ibumu. Sabarlah Shada. sabar. Allah Maha mendengar setiap permintaan mu. Berusahalah, jangan cepat mengalah. Jangan terlalu bersedih. Berdoalah selalu Shada, sujud mohon ampun dengan setiap dosa, maksiat, tindak-tanduk yang kau lakukan sebelum ni.

Allah rindu dengar rintihan mu, Allah rindu dengan tangisan mu, Allah rindu dengan sujudmu.. Allah sayang kamu Shada. Sabar...




it's ok... im fine :)


Saturday, June 29, 2013

Resepi lempeng


Assalammualaikum...

Menu ni boleh di buat dan dimakan pada bila-bila masa. Tapi, selalunya lempeng di makan pada waktu sarapan dan minum petang. Ok! kalau ade lebihan rendang and bosan nak makan dengan nasi, bolehlah anda-anda semua makan dengan lempeng. Urmmm. sedapnyaaa!! nyum..nyumm :)

Memandangkan aku bosan dengan lempeng yang asyik bewarna putih, jadinya aku adunkan pewarna bersama-sama bancuhan lempeng. hahaha. Anda pun boleh try. :)


Bahan-bahan lempeng..( hidangan 2 keping lempeng ).

2 cawan tepung gandum
1 cawan air masak (jangan guna air panas)
1/2 camca garam
sedikit pewarna (optional)
minyak masak untuk di sapu pada kuali.

Cara-cara.

1. Masukkan air yang telah dilarutkan garam ke dalam tepung.( make sure larutkan garam terlebih dahulu ke dalam air supaya rasa masin akan jadi sebati untuk keseluruhan adunan)

2. Dengan menggunakan senduk, kacau sebati. Pastikan tepung tidak terlalu cair dan terlalu pekat.(kalau rasa cair tambahkan tepung, kalau rasa pekat tambahkan air)

3. Letakkan sedikit pewarna dan kacau adunan sebati.( kalau nak bermacam-macam jenis warna, asingkan adunan dalam bekas yang berasingan)

4. Sapukan minyak pada kuali.

5. Bila kuali panas, masukkan 2 senduk bancuhan tadi. Ratakan bancuhan sehinnga penuh.

6. Make sure api perlahan. Balik-balikkan lempeng sehingga masak.

7. Sudah masak, lipatkan 2 dan lipatkan 2 lagi sehingga menjadi segi tiga :)

8. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.

9. Sajikan dengan rendang daging.


My advices:
  • Make sure larutkan garam di dalam air supaya dapat rasa masin yang sebati di dalam adunan.
  • Jangan gunakan air panas,cz tepung akan masak terlebih dahulu and lempeng anda tak akan menjadi.


SELAMAT MENCUBA !!


Resepi rendang daging istimewa akan di publish selepas resepi ini.. :)



Friday, June 28, 2013

Tanda-tanda demam chicken pox dan petua

Assalammualaikum makhluk Allah sekalian alam semesta. Semoga yang baca entry ni sihat cepat dari chicken pox anda :)

Dengar tajuk pun macam x best kan? Oh! itulah realitinya.

Orang selalu sangkakan yang chicken pox itu ialah demam campak dan demam campak itu ialah chicken pox. Walhal, keduanya ialah dua penyakit yang berbeza.

Demam Cacar is Chicken Pox 
Demam campak is Measles @ rubeola

Semua orang akan diserang chicken pox and measles ke?

Ya! chicken pox semua orang tak kira baby, budak, orang muda, tua semuanya akan dialami sekali seumur hidup dan tak mustahil boleh diserang dua kali..bergantung pada sistem imun masing-masing. So, jaga-jaga... hahaha. Measles pula. boleh dicegah melalui suntikan rubella.

Boleh berjangkit tak?

Ya, both of it boleh berjangkit dan boleh merebak dari seorang kepada seorang.

Apa beza measles and chicken pox?

Measles selalunya akan mengalami gejala jangkitan pada saluran pernafasan and naik ruam merah pada badan. Chicken pox pula, demam and timbul ruam peluh macam cacar air tu. Ish! geram je nak picit. Sebabnya, gatal yang amat!

Cukup terang tak explanation tadi? Dah macam Doktor! oh! poyo je.

Tak ada apa pun nak cakap cuma nak cite sikit pasal last 2 weeks aku di serang chicken pox. Macam tak boleh terima kenyataan.

Cz, first aku membayangkan chicken pox tu akan jadikan badan and muka aku akan penuh dengan parut-parut bekas chicken pox tu and di tambah lagi terpaksa berpantang segala macam itu dan ini. Kalau boleh tak nak lah kan, sebabnya lagi 6bulan aku nak naik pelamin, sedihlah kalau muka penuh dengan segala macam yang aku tak nak!

*****************************Flashback*************************

Fine, Isnin aku rasa penat and tak larat. Rasa nak MC and tak ada mood hari tu. Tapi, aku kuatkan semangat juga. Maybe penat sebab x cukup rehat, 2hari busy g kursus kahwin. Isnin tu, aku mengajar macam biasa and siap manja-manja lagi dengan student aku yang baru lepas kena Pox!

Selasa, Aku start demam, sakit tekak and still rasa penat, lenguh-lenguh badan.

Rabu, aku still demam and ade 2biji merah timbul kat pipi. Aku ingatkan jerawat, tp..bila tekan tak rase sakit. Petang, aku dah rasa lain macam kat pipi, dah naik macam cacar air and ade satu kat telinga, gatal! aku garu and pecah. Aku ambil keputusan pi klinik, cek. Tapi, malangnya.. doktor cakap skin infection. Jerawat katanya, so die bg ubat jerawat. Maybe aku termasuk 'Pusat rawatan kecantikan'. Tak sampai satu jam, badan and muka naik habis bintik and berair! Gatal masya Allah.

Khamis, bangun tidur..muka bengkak. Bila pegang muka menggerutu. Ya Allah.. teruknya 'skin infection'. Tak boleh MC hari ni, terpaksa kerja cz ade trip dengan students. Tak boleh nak excuse ya. No mood! but still ok, cz demam dah kebah.




Kat atas hari khamis, first pox naik gila-gila kat muka. Ade school trip and x boleh excuse. Malu gila and aku terpaksa cover pakai mask... oh!! worst.


Beberapa hari sebelum diserang. 


and selepas beberapa hari. Diserang Pox pox -_-
Day 2nd and 3rd


Aku pantang gila-gila.:

No kicap
No ayam
Makanan bergoreng/berminyak
Tak goreng apa-apa or tak masuk dapur kalau orang tengah masak
Semua benda warna hitam and coklat aku tak makan. Psiko gila, bila makan takut parut jadi hitam. hahaha.

Yang aku makan cuma:

Makan yang rebus-rebus and bakar sahaja
Nasi
Buah
Air kelapa / air masak

Aku x ada buat petua tradisonal pun. Tapi, kawan-kawan aku ada suggest beberapa petua.

1. Bila pox dah kering. kisar beras, daun cermai. Bancuh, pakai macam bedak sejuk
2. Rendam beras dalam sejam and then kisar dengan daun kari. Tepek macam bedak sejuk.
3. Kisar jagung and sapukan pada seluruh tempat yang ada parut. Jagungkan sumber Vit E. Vit E boleh hilangkan parut.
4. Make sure, jangan kena air hujan. Nanti parut kekal sampai tua. Sakit-sakit duk rumah jelah, x payah keluar pun. ok :)

Petua Moden dari aku:

1. Bila dah kering and ade parut tu, p farmasi and cari Pure Vitamin E. Rajin-rajinlah makan supplement or  sapu krim ape yg patut ok. Aku pun x start lagi mencari. Tapi, sekarang just pakai krim Collagen Vitamin E saje. Soon, maybe try Aura White or produk sumber dr Vit E..hahaha.
2. Ikut la psiko aku ni. Semua benda warna gelap, janganlah makan ye. hahaha
3. Jangan cuci muka. Risau pecah, habis merebak lagi teruk satu muka. Tak payah mekap. Pakai je losyen calamine yang doktor bagi ok.
4. Pergi berubat kampung. Jumpa Ustaz or orang berkenaan untuk minta air penawar. Syukur Alhamdulillah, kat kampung aku ade Mak Cik yang boleh berubat. Mandi and minum air penawar yang dia bagi. 

Ingat! semuanya cuma, dengan izin Allah..yang penting.. Usaha dan tawakal :)



'Cekepok' oh! she means it 'Chicken Pox'. It's ok Makcik. :)



anddd..............



Setelah 2 minggu..saya hari ini..


See.. pimple scars + pox scars.. But, Alhamdulillah, still under control and tak seteruk yang aku bayangkan..


My advices:
Tak semua doktor tu dapat bezakan 'jerawat' dengan 'pox'.. so, beware!!! hahahaha.



Sunday, June 16, 2013

Kursus kahwin di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ( TTDI )

Salam. Last weekend ( 8 & 9 Jun. 2013 ) aku dah selamat menjalani kursus kahwin kat TTDI. Settled lagi satu kerja kahwin. Alhamdulillah. 6 bulan xde lah terlalu awal and lambat aku rasa g prewedding course ni.kan?? Macam mana aku dapat tahu tempat kursus ni? Google je

" Kursus kahwin di Damansara".

Ramai yang tanya..

Oh! why Damansara? kenapa bukan Kajang? Kenapa bukan Bangi? Bukan ke aku stay Kajang kan?.

Ok, the answer is, sebab aku rasa bosan berhadapan dengan suasana yang sama setiap hari, waktu dan ketika. kajang sangat bosan ok. So, memandangkan tunang aku stay Sri Damansara, yang lebih kurang 10minit je nak ke TTDI, so why not aku pergi sana and berkampung kat sana untuk 2 hari.lagi pun after married pn i'll stay there. So, setelah menggoogle, keluarlah:

http://kursuskahwin.webs.com/

Sape-sape nak g kursus kat sini senang je nak register. Korang boleh isi form kat laman web kat atas tu, nanti Kak Ana akan reply by email and boleh juga register by SMS. Kalau boleh registerlah a weeks before. Macam aku, one month before. Excited punya pasal. hahaha.



Venue        : Masjid At-Taqwa, Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail 
                    ( Berhadapan dengan One  Utama )
Time/Day   : Saturday ( Register 1.00 pm)
                    ( Class start after Zohor 2.00pm- 7.00pm). 
                    Sunday  ( 8.30am - 4.00pm)
Fee            : RM80.00

Kat tempat lain aku rasa 2 hari kursus ni start 9-5pm kan? kalau x silap la. Tapi, kat tempat ni hari Sabtu half day course. Cuma kat sini, hari Sabtu kelas start 2pm and sepatutnya habis 6pm, tapi.. masa agak terhad and habis dalam 7pm. Hari ahad, Kelass start 8.30am and habis 4.15 pm :)

Kalau kita pergi mana-mana kursus pun Firtsly yang paling kita takut ialah 'MENGANTUK dan BOSAN'. So, kita mesti mengharapkan suasana yang ceria dan penceramah yg x membosankan..Aku tahu, aku akan mengalami perkara yg sama kalau penceramah tu membosankan ataupun dia cakap aku tak faham ape pun, dengan kata lain dia syok sendiri. So, aku harap penceramah yg bg ceramah kat sini semua best-best !


                                             
( Jadual kursus Kahwin TTDI Versi ke-3 )


Kat atas tu jadual kursus selama 2 hari. Bagi aku kursus kat sini ok la, xde la bosan sangat. Tapi, ade la jugak yang bosan. Ade penceramah yg buat aku menguap byk kali sebab aku tak faham apa dia cakap. Selama dua hari ni yang paling best sekali dengan Ustazah Zawiyah and Ustaz Mohd Ajib Ismail. Sebab suara dan penerangan dia cukup jelas dan lantang. 

Kalau time kelas Ustaz Ajib, better aku nasihatkan korang yg ade niat nak duk belakang tu, lupakanlah..penuhkanlah yang kat depan dulu, kalau x nasib korang la hari tu. Ade sorang mamat tu hari tu dia duk belakang sekali, berapa kali ustaz panggil suh duk depan  x mau, last-last Ustaz tarik dia duk depan. Hahaha, tak pasal2 dia kene akad dengan Ustaz tu, kira-kira dekat 6x jugaklah dia kena ulang. hahahaha. LOL

Andd...

Ade jugak penceramah yang out of topic. urrmmm. Tu membuatkan aku hilang mood nak dengar, sebab aku x perlukan cerita lain selain dr cerita pasal hal kawin kat kursus kahwin ni.Tapi, Encik tunang suka dengan penceramah tu. oh ! it's ok, sy kenal tunang saya, dia x suka something yg formal n straight n aku pulak tengok pd keadaan n tempat lah kan..Tapi, di maafkanlah Ustaz tu, sebab dia kurang sihat..

Untuk korg, sekarang ni kursus kahwin kat area KL dah versi ke-3, slide lebih berwarna-warna, ade gambar and tayangan video setiap topik.So, x adalah bosan sangat. Pihak penganjur cakap, mulai next week, maksudnya 15 &16 Jun dan seterusnya dah start ade ujian lisan. Time aku kursus ni soalan ujian dah siap, cumanya x sampai lagi dekat penganjur. So, pada bakal-bakal , bersedialah. huhu.

Ok, sijil tak dapat pada hari last kursus tau. Kita kena datang semula ke tempat kursus pada hari Rabu, boleh ambil sijil mulai jam 12-5pm. Kalau x dapat ambil hari Rabu, boleh ambil hari Sabtu and Ahad kat tempat yang sama..Pihak penganjur (Kak Ana) akan tunggu kita kat situ.

Tempat kursus kahwin ni dekat dalam masjid,1st floor. so, bg laki or pempuan pakailah selipa or sandal sebab nak masuk bilik kuliah kene tanggal kasut. Tapi, Depand lah korang nak pakai ape pun, suka hati. Cuma sebelum g kurusu tu Kak Ana akan mesej korang and cakap lebih baik berselipa. senang nak ambil wudhuk semua kan.

Lepas tu, yang boleh solat tu, bawaklah telekung , takut telekung yang ade kat Masjid tu tak cukup. Ye la, kalau dah semuanya x bawak telekung semua guna telekung masjid, nanti takut x cukup.

Makanan mereka sediakan. Hari sabtu ade minum petang. Ahad, makan pagi and tengahari. Tapi, bab makanan sedap or x ke ape, aku x dapat nak komen, sebab aku x makan. Nak tahu sebab ape? sebab ramai sangat org, n kne queue mcm amik makanan kat dewan makan hostel sekolah dulu2. Lemah je rase.

Hari kedua aku agak penat, sebabnye aku bangun seawal 5.30am semata-mata aku takut jammed kat Cheras. Lagi-lagi nak hadap Jalan Louk yew tu, oh ! argh.. x sanggup. Tapi, syok gila, 6.50am dr Kajang and 7.20 am sampai Damansara. Pertama kali rasanya lalu situ x ada kereta. Syurga betul rasanya. :)







( Breakfast di pagi Ahad )

( note??? oh! sila abaikan cincin 20karat tu)

( ini nota semangat untuk yg tersayang )


Komen sikit. huhuhu
  •  Best walaupun ade beberapa penceramah yang bg aku agak bosan.
  • Hari Sabtu, nampak macam agak kelam kabut and x cukup masa, macam banyak subtopic yg miss. Penceramah terpaksa skip n explain ala kadar. Tu yang aku agak tak puas hati. Aku paling suka bab KESIHATAN. Ouch!! Kenapa tak cukup masa!. Kalau Sabtu tu buat full day pun ok kot Kak Ana::)
  • Dewan kuliah macam agak tak berapa besar nak menampung dalam 150 org dalam satu masa. 
  • Makanan In sha Allah sedap, walaupun aku tak makan. Tapi, aku yakin sedap. Kalau x, xde la dorg sanggup queue panjang. kan?
  • Lagi elok rasanya kalau asingkan tempat ambil makanan perempuan and lelaki. Sebelah-sebelah ke kan, xde la berselerak sangat. Tempat makan x kisah lah duduk mana :)
  • Anyway, layanan dr organizer TIP TOP ! Tq :)
  • 4 / 5 


Alhamdulillah, everything is going well. First step for the next destination has been settled :) so boleh :


1.PRE-WEDDING COURSE

Sijil ade dengan Encik Tunang tersayang yang bucuk :P






Penat sangat p kursus kahwin. 2 days after, demam 'Cekepok' pulak. oh! dugaan ;(

Thursday, June 6, 2013

Pakej Kahwin 2013

Assalammualaikum.. hye.. kuniciwa..

 Memandangkan bulan ni dah masuk bulan ke-6 usia pertunangan makanya tinggal lagi 6 bulan untuk tiba hari bahagia. So, bulan ni aku dah start membelek, menelaah 24 jam butik-butik pengantin yg menawarkan pelamin-pelamin n dress kahwin yg osemm untuk hari bahagia aku nanti. Actually, kat area tempat aku tu x ada berapa banyak pilihan butik-butik yg boleh di kategorikan sebagai OSEMM ! BOMM KEVAVOOM. Buat masa ni ade 2 je butik kat area Temerloh and Bera yang menarik hati sanubariku yg sangat mementingkan tema FRESH & MODERN. Maksudnya, aku suka something segar dan baru la, bukan fesyen old school. hahaha. Color yang moden, design yg simple tapi elegan dgn color yg fresh and x terlalu crowded dengan pelbagai makhluk kt pelamin tu. Maksudnye kombinasi warna x la bercolourful bagai. 

Setelah menelaah, rasanya-rasanya dah decide nak bertemakan EMERALD GREEN ( Hijau Zamrud) di 
hari bahagiaku. Wahh. berangan. 

1. RIEDZ BRIDAL, BERA PAHANG.







Okey ini design exclusive dari team RIEDS BRIDAL. Butik Abg Ewan ni dekat Bera. Die memang top Pak Andam kat Area situ. make up die pun, fulamak! macam retiss gitu. Tak ada lagi Bridal yg boleh lawan dgn die buat masa ni. DAIS pilihan aku pulak aku nak yg simple, kalau boleh putih je, tp osemm lah! haruslah kannn3? 


2. CKIN ANGGUN COLLECTION, TEMERLOH PAHANG.





Ok, ini dari CKIN ANGGUN COLLECTION. Memang berminat sangat dengan butik ni sebab ala-ala english macam tu kan. Memanglah cantik sangat-sangat. Modern u know. Pakej dia pun boleh tahan harga. Tapi, aku agak kecewa sikit sebab die x ada set up meja makan beradap. Kalau die ade set up meja makan sekali gerenti aku akan ambil bridal ini untuk majlis bahagiaku nanti. 


Okey.. saya tak sabar nak jadi Princess yg jelita di hari bahagia. Cewahh ! hahaha.