Assalammualaikum...
Menu ni boleh di buat dan dimakan pada bila-bila masa. Tapi, selalunya lempeng di makan pada waktu sarapan dan minum petang. Ok! kalau ade lebihan rendang and bosan nak makan dengan nasi, bolehlah anda-anda semua makan dengan lempeng. Urmmm. sedapnyaaa!! nyum..nyumm :)
Memandangkan aku bosan dengan lempeng yang asyik bewarna putih, jadinya aku adunkan pewarna bersama-sama bancuhan lempeng. hahaha. Anda pun boleh try. :)
Bahan-bahan lempeng..( hidangan 2 keping lempeng ).
2 cawan tepung gandum
1 cawan air masak (jangan guna air panas)
1/2 camca garam
sedikit pewarna (optional)
minyak masak untuk di sapu pada kuali.
Cara-cara.
1. Masukkan air yang telah dilarutkan garam ke dalam tepung.( make sure larutkan garam terlebih dahulu ke dalam air supaya rasa masin akan jadi sebati untuk keseluruhan adunan)
2. Dengan menggunakan senduk, kacau sebati. Pastikan tepung tidak terlalu cair dan terlalu pekat.(kalau rasa cair tambahkan tepung, kalau rasa pekat tambahkan air)
3. Letakkan sedikit pewarna dan kacau adunan sebati.( kalau nak bermacam-macam jenis warna, asingkan adunan dalam bekas yang berasingan)
4. Sapukan minyak pada kuali.
5. Bila kuali panas, masukkan 2 senduk bancuhan tadi. Ratakan bancuhan sehinnga penuh.
6. Make sure api perlahan. Balik-balikkan lempeng sehingga masak.
7. Sudah masak, lipatkan 2 dan lipatkan 2 lagi sehingga menjadi segi tiga :)
8. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
9. Sajikan dengan rendang daging.
My advices:
- Make sure larutkan garam di dalam air supaya dapat rasa masin yang sebati di dalam adunan.
- Jangan gunakan air panas,cz tepung akan masak terlebih dahulu and lempeng anda tak akan menjadi.
SELAMAT MENCUBA !!
Resepi rendang daging istimewa akan di publish selepas resepi ini.. :)
No comments:
Post a Comment