Monday, July 16, 2012

Grand Final MasterChef Selebriti. 16. Julai. 2012. 9.00 Malam bersiaran di Astro Ria 104.

Promo Grand Final MasterChef  





Assalammualaikum.. hai.. diam tak diam dekat 3 bulan jugaklah rancangan realiti MasterChef Selebriti bersiaran di saluran Astro Ria 104 setiap jam 9.00 - 10.00 pm setiap hari Sabtu - Selasa.

Terdapat 16 selebriti tempatan yang bertanding dalam pertandingan ni. Antara banyak-banyak selebriti dalam MasterChef Selebriti ni selebriti peberet aku dah tentulah Dr Fazley yang sentiasa cool and positive. Ye lor, pakar motivasi kalau x positive x cool bukan namanya pakar motivasi tu namanya pakar mulut becok macam Azwan Ali.. hahaha.

5 orang selebriti Top 5 yang bertanding di peringkat akhir malam tadi, yang masing-masing mempunyai kepakaran tertentu. Angah yang power dengan masakan ala-ala kampung dan ketimuran. Soo Win Si yang pakar dalam plating and carving bagai aku ingatkan dia keluar awal sebab gaya-gaya macam x pandai masak je. Farouk Husein yang pakar dalam masakan barat dan baking. Juliza Adlizan yang tak payah di ragui lagi kepakaran beliau dalam bidang masakan melayu, kalau tak takkan la siap buat buku masakan bagaikan. Cuma yang x suke dengan dia ni, bajet macam dia sorang je la yang power masak. gud..gud.. and last Dr Fazley power dengan western food and creativiti beliau mencipta resepi baru. Paling aku suka bila dia masak ujian cipta rasa berasaskan Mee, dia buat  Peanut Butter Shaolin . woaah! sangatlah pergghh!

Menu Peberet dari Dr Fazley!


 Peanut Butter Shaolin.


Nasi Ulam Seri Menanti


Chicken Wellington come to India


Pada malam ni cabarannya perlu menyediakan 3 hidangan lengkap 
Pembuka selera ( Appetizer)
Hidangan utama ( Main Course )
Pemanis mulut ( Desert )


Angah akan berentap di dapur Asia dan menyediakan 3 hidangan lengkap masakan Asia. Manakala Dr Fazley akan berentap di dapur Barat dan menyediakan 3 hidangan lengkap masakan barat.

Yeyyyy !!! excited..  Jom sama-sama tengok malam ni.. :)



No comments: