Saturday, May 21, 2011

cincin belah rotan..


tidak aku pinta
malapetaka datang menimpa
bertahun menjalin cinta
kau dan aku terpisah jua

bukan aku meminta
tapi takdir memaksa
cuba pertahankan juga
tapi sayangnya jodoh tiada

kuat aku menahan air mata
kau tidak pedulikan juga
kuat aku pertahankan cinta
kau tetap sebegitu rupa

bukan sekali
bukannya dua
berselisih benda yg sama
aku kuat pertahankan cinta
tapi sayang kau tak menghargainya

kite cuma insan biasa
lemah godaan dunia
kerana takdir terpisah jua
semoga di kau bahagia
dengan cara hidupmu..sebegitu rupa

ku menangis..
berendam air mata
kau hanya memandang sebelah mata
tujuan ku jumpa mu cuma
ingin memulangkan cincin belah rotan kita.
wassalamualaikum
semoga di kau bahagia
dengan hidupmu..sebegitu rupa....


created by :hunny bee 31.jan.2011

No comments: