Saturday, August 23, 2014

First trimester..



Alhamdulillah.. selamat sudah my 1st trimester. sekarang dah masuk pertengahan trimester ke-2. 20minggu sudah khalifah kecilku ada dalam rahim mama dia ni. Sangat behave dia. Dia kuat walaupun mama dia ni lasak sangat. Naik moto pergi kerja, terjatuh..tapi..syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya tanpa alahan yang teruk.

Still ligat ke sana-sini, drive sendiri, makan memacam benda. Alhamdulillah, aku tak ada alahan dengan makanan atau tak boleh bau benda-benda yang tertentu. Masih boleh kemas rumah, masak, basuh baju..walaupun agak malas lipat baju.oh! itu bukan simptom, itu memang sejak azali, pemalas lipat baju. huahuahua !!

Tapi.........

My 1st trimester tidak semudah itu. Aku ade simptom ataupun alahan MALAS PERGI KERJA yang agak kritikal masa awal-awal pregnant dulu. Cite dia, tiap kali aku bangun tidur, aku mesti merengek.. korang bayangkan je macam budak-budak tadika tak nak pergi sekolah tu. Cenggitu la aku mula-mula dulu. Makanya, velambaklah unpaid leave aku selama 3bulan tu. Buat macam office aku sendiri, nak half day suka hati half day, dan cuti suka hati aku cuti. hahahaha. Hujung bulan dapat gaji, tak payahlah nak komplen kan ! Tapi since dah pregnant 4bulan, Alhamdulillah, dah ok.. alahai anak mama......

Dan juga, aku kuat PENING KEPALA..ada time dia pening kepala dan rasa mual ni datang. Nak tau time bila dia datang? Time sampai office !! aku pun sebenarnye tak berapa faham jugak mula-mula tu, dah la memang tak ada mood nak pergi kerja, lepas tu dah g kerja, duduk depan pc,duduk termenung hadap pc. Aku blurr....tak tau nak buat ape. Kepala aku pening, aku rasa nak muntah tapi tak nak muntah.. Aku serabut tengok paper work yang belambak atas meja ni. Senang cite, pagi-pagi tu memang ak tak boleh buat kerja. Lepas lunch hour, dia ok...no pening-pening,no mual-mual.. hahaha.Nak cakap morning sickness, kalau time cuti pagi-pagi tak ada lah pulak aku pening and rasa nak muntah.hahahaha. Lawak bila ingat balik. Sekarang, alhamdulillah....ok. Pening kepala dah tak ada sangat. Cuma kalau dia nak datang tak kira masa dah.

MOOD SWING. Dah pening kepala bagai..mau tak moody. Kadang-kadang tu mood cantik je. Tiba-tiba pening kepala. Memang mengamuk tak pasal lah. Kesian kat suami jugak kadang-kadang tu. Tapi, tak pe..suami saya baik dan sangat penyayang..hukhukhuk. Dia layankan aje isteri dia ni.

Bab makan pulak, dah 5bulan ni setakat ni tak ada lagi makanan yang aku tak boleh makan. Semua bedal..Kalau tanya bab makanan ape yang kalau boleh aku nak hadap hari-hari..haaa,mase awal preg dulu,aku suka makan ikan goreng @ ayam goreng dengan nasi putih je. Lately,aku suka makan makanan yg berkuah. Makan nasi pun nak kuah sup banyak-banyak. Aku suka mihun sup dengan nasi ayam. Sebab ape? sebab ade kuah sup. nyummeehh ! Lagi satu, hari tu aku ngidam nak makan pecal mak aku buat, raya hari tu dah dapat, so x bising dah la. hihihi. Aku jugak ketagih KEROPOK LEKOR..aii,kalau boleh tiap petang nak..beli rm2,campur yg tebal dengan nipis,letak dalam plastik putih,letak sos sekali ye kak..Aku paling suka kopok lekor kat Taman Metropolitan,Kepong..tiap weekend ngedate kat sana sambil makan kopok. hahahaha. 




Alhamdulillah, masa berjalan pantas...now, 2nd trimester yang sangat indah. Sebab?? baby dah gerak-gerak..so,somel and cute miut die. Bila duduk diam,tengok perut, I saw it kicking softly. Tunggu 24week++ kita check gender ye sayangku :)

"Ya Allah, peliharalah anak di dalam kandungan ku ini. Kau besarkanlah dia dengan sihat dan sempurna. Cukupkan sifat-sifatnya, sempurnakan akalnya, sempurnakan fizikalnya. Kau berilah kesihatan yang baik kepada anakku,kasihanilah anakku kerana dia masih kecil. Ya Allah, kau jadikan anak didalam rahimku ini seorang anak yang soleh/solehah,baik budi pekerti,berakal dan kau fasihkan lidahnya supaya dia dapat membaca hadis dan Alquranmu. Kurniakanlah akal yg cerdik kepada zuriatku ini Ya Allah..Kau tetapkan rezeki,pekerjaan dan kehidupan yang sempurna untuknya. 

Ya Allah, kau lahirkanlah anak di dalam rahimku ini dengan kelahiran yang mudah dan sempurna..sesungguhnya aku bertawakal padaMU.." Ameen..







we love you so much...my little caliph..