Monday, November 25, 2013

Tempat beli barang buat hantaran di Kuala Lumpur.



Assalammualaikum bakal-bakal pengantin sekalian. Cuti sekolah dah 2minggu bermula. Mesti ramaikan hujung-hujung tahun ni orang kawin? Selamat Pengantin baru semuanya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Hatiku berdebar menanti saat bergelar Puan. :)

Hari ni, aku nak share tempat beli barang hantaran kat KL. Selalunya bakal-bakal pengantin akan sibuk p Nilai untuk beli barang-barang buat hantaran kan? Memang tak di nafikanlah,Nilai memang syurga tempat beli barang pengantin. Tapi bab harga aku rase... same n lebih kurang je dengan tempat lain. Malah dekat KL ade tempat yg murah nak beli barang-barang buat hantaran ni.. Jadi orang-orang yg stay kat KL klu rase malas nak ulang alik KL-NILAI aku suggestkan pergi SEMUA HOUSE dekat Masjid India. Murah memang murah, banyak juga pilihan. Jimat minyak n tol..Tapi.. kedai agak sempit sikitlah. Nak lalu pun duk bertembung dengan punggung orang. eh?!! hahaha





SEMUA HOUSE, MASJID INDIA.. ade dua kedai barang pengantin kat dalam ni. Tapi, kedai lagi satu tu macam mahal sikit. Aku masuk kedai Sin Yin. Murah sikit... aku cari yg murah n jimat je weyh !


Polisterin bentuk square ni aku survey kat Metro Kajang hari tu Mahai lah hai.. berbeza betul harga. kat Metro RM4.90.. kat sini RM1.80 je.. see..murahkan??


Tempat letak barang warna putih tu pun aku survey kat kedai pengantin kat Metro kajang RM8 cm tu. Kat sini RM4.00 je. Teruja gila ! hahaha


1meter bape erx manik ni? aku x ingat.. tapi yg sure..murah !





Benda ni pun murah.. aku beli semeter. singgit lebih kot..


Bunga foam kat atas tu mmg agak mahal sikit..tak tahulah kalau kat tempat lain ade murah dari rege kat kedai ni..

Aku tak kreatif sangat and x berapa rajin sebenarnye. Senang tampah saje. Tapi, dah banyak aku servey hantaran yg berkenan kat hati aku semuanya atas RM400++ jadi aku rase mcm membazir. Jadi aku decide nak buat sendiri walhal aku ta pandai weyy. !! hentam saje labu. Bila lagi nak tunjuk kebolehan sendiri kan?? 




Aku pakai kain satin untuk balut the polisterin. Aku tak pernah fikir benda yg simple yg mudah kerja. mesti pilih yg agak complicated. Alahai, kene gunting kain n iron n baru gam atas polisterin.


Ini hasilnya.. baru siap sikit 30%


Ini pink... satin juga :)


Getting ready for the next step.. ideas oh! ideas...



Focus ok... focus !

Before tu aku pergi Nilai beli barang-baramg yang lain. kat Thank Q.. Masuk-masuk kedai terjumpa satu set hantaran tu.. memang aku jatuh cinta gila. Tapi... mahaii.... :(








Cantik kan? jadi aku decide gubahan di atas sebagai idea untuk aku create my own hantaran. Huhuhuhu..



Tadaaaa.....siap :)


Buat bakal pengantin sekalian.. selamat bershopping..selamat mencuba.. selamat maju jaya untuk kehidupan baru..... :)

Doakan saya bahagia dengan bakal suami tercinta..


10 days to go...

Tuesday, November 5, 2013

Dugaan semasa bertunang..fakta atau auta semata ?

Salam Maal Hijrah !!

Semoga dengan tahun baru hijrah ini kita sama-sama perbetulkan kesilapan dan mempertingkatkan lagi amalan kita kepada Allah.. Berubah menjadi umat yag terbaik dari yang terbaik.. semoga dirahmati semuanya.. Aminn.

Let's talk about the topic..

Orang cakap nak dekat kawin ni makin banyaklah dugaannya.. DARAH MANIS katanya.

YES ! memang aku akui ape yang kawan-kawan dan mereka-mereka semua cakap memang betul. Macam-macam dugaan. Setiap bulan jugalah mesti ade perang dingin. Bukan sebab ada malash ape pun. Tapi.. ntahlah.. tak tau nak cakap. Lepas 2,3 jam ok balik. Nasib baik aku dapat tunang yg sangat-sangat penyabar dan memahami. Selalunya gaduh pasai bila kol x reti nak angkat je pun.. fuhh ! rase macam nak tunggang terbalik dunia..

Kadang-kadang benda kecik jadi besar. Benda besar lagilah bertambah besar. Kesian jugak tengok en tunang layan perangaiku yg ntah ape-ape ni.

Jom.. jom.. aku senaraikan beberapa dugaan yang orang tengah DARAH MANIS ni rase yang aku rase kebanyakannya semua orang rase.. aku rase laaa.. hahaha.


Mudah sangat nak terase. Tak cakap kasar pun katanya kita cakap kasar. Tak habis-habis nak merajuk. Akal kata sabar.. sabar.. tapi.. last-last ikut kata hati jugak. Habis sembur semuanya..

Kalau tak jumpa rase nak marah. Sebelum bertunang x jumpa pun x kisah. Kalau boleh tiap minggu nak jumpa. Lepas tu x reply mesej mula la kol bertalu-talu. lepas tu mulalah menangis sebab fikir dia bukan-bukan. Mulalah meroyan sorang-sorang. lepas tu, die dah kol n reply text.. mulalah chill semula.. normal ke semua ni?? 

Salu bila kol tak tahu nak cakap ape. Diam seribu bahasa. Lebih baik x kol dari kol. lebih baik x mesej dari mesej. Hati panas je, ade je salah die yg kita nampak..mulalah rase menyampah. Bila dah rase menyampah mulalah nak putus lah ape lah.. aishh. syaiton !

Terase susah nak kumpul duit. Fikir-fikir gaji bulan ni nak saving lebih sikit. Tup tup tengah bulan ade je benda nak kene keluarkan duit.. terpaksalah hold ke bulan seterusnya..

Bila dah bergaduh duk meroyan sensorang..mulalah fikir ' Betul ke dia ni pilihan aku yang tepat? ' 'Selamat ke? bahagia ke aku lepas kahwin?' Hati kena tetap kawan ! hasutan syaitoon yg di rejam semua tu. Kuatkan hatimu, jangan terpedaya dengan hasutan syaiton. Tiang masjid baru saje nak terpacak dah ri robohkan semula. Bertepuk tamparlah syaiton durjana semuanya...

Mulalah ade godaan orang ketiga..pas tu, ex lama datang semula lah.. itulah inilah..

Time tengah bertunang ni pulak lah jadi macam-macam hal. Kene transfer tempat kerjalah, moto hilanglah, kereta accidentlah..mcm-mcm hal.. sabar...


dann.. tidak semua manusia atas muka bumi ni tahan dengan semua ni.. ingat yang indah-indah je.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.

Awal-awal bertunang dulu, x sampai sebulan pun lagi. Sedang ku sibuk mendrive ketika kerja. Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari encik tunang tercinta. Tak pernah-pernah tepon pagi2 ni. Adehal ape pulak lah. Perasaan tak berapa sedap wujud.. Terdengar di hujung talian suara sayup kedengaran..

'yunx.. tengah wat pe?'

'tengah drive..knp kol pagi2 ni'

'urm.. ni org turun bawah tengok motor xde'

'hahh?? motor pegi mana?'

'mana tau, orang turun-turun tengok motor dah xde'

Motor tunang saya hilang ye.. Motor tu dah habis bayar. Jadi lepas motor tu hilang maknanya.. kenelah kuwakan duit beli motor baru. dan terpaksalah bayar motor tiap-tiap bulan. Padahal kalau motor tu masih wujud, x perlulah pakai duit simpanan utk kuwakan moto dan x perlulah bayar motor tiap-tiap bulan. Makanya, duit simpanan kahwin berkurang. Makanya.. hadap sahaja semua dugaan ini.. chill..dah 11bulan pun berlalu. 32 hari lagi sebelum bertukar status.






act like you okey and everything is perfect ! just one smile :)

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon perlindunganMU..
dari gangguan syaitan dan iblis
dari perasaan benci dan syak wasangka
dari khianat dan hasad dengki manusia
Kami memohon pelihara dariMU Ya Allah..
agar hubungan ini
kekal bahagia
hingga ke syurga..

Ameen..

#32moredays..
#Hunnybeeproject