Saturday, July 20, 2013

Kalau dah jodoh tak akan kemana..

Jika dalam cintamu
Hatimu sering terluka
daripada digembirakannya

Maka...

Lepaskanlah dia
dari genggaman penuh khuatirmu

Jika dia memang cinta sejatimu
Dia akan kembali sebagai belahan jiwa

Yang memuliakanmu
Tapi jika dia tak pernah kembali
Kerana dari awal
Dia memang tidak pernah direncanakan untukmu

Hapuslah sedihmu
Indahkanlah dirimu
Dan harumkanlah ruang tamu di hatimu
Bagi cinta yang baru
Jika kamu percaya dengan janji Allah
Maka dia akan datang dengan pilihan
TERBAIK darinya
Yang sememangnya untuk kamu

Apa sulitnya bagi Allah
Bila dia sudah berkehendak
Dan berpeganglah sahabatku
DOA indahmu
Dalam kepasrahan HATI & JIWA....

Aku suka satu ayat ni... yang aku tak ingat dengar dan baca dari mana

' KADANG-KADANG ALLAH PERTEMUKAN JODOH DAHULU, SEBELUM BERTEMU CINTA SEJATI....'

Salam...
Shada Ahmad

Thursday, July 11, 2013

Bukan saya pembawa virus tersebut !

Salam. penulisan carca marba. no mood at all.


Saya sedih sebenarnye bila dituduh pembawa virus chicken pox dekat school. Sedangkan saya pun berjangkit dengan budak yg kena before sy kena.

 Ikutkan kalau betul2 sy takut, awal2 lg sy dah lari balik kg konon2 nak elak dr berjangkit dgn budak yg kena tu.. tp, nk wat cm ne, terima jelah kalau dh ditakdirkan sy kene chicken pox time dah besar panjang ni. Muka dah sedia buruk, tambah lg dengan parut2 pox ni lg lah +++ buruk. kalau sy tahu sy kene pox, sy dh mintak cuti awal and boleh excuse mase school trip tu, tp.. salah doktor sebab die cakap bintik merah kat muka saya tu JERAWAT. Bila bangun pg tengok muka dah teruk gila. Tak boleh nak excuse sebab x cukup teacher nak handle school trip. Budak-budak ramai.. nak x nak, terpaksa jugak. Esok terus shoot balik kg, and MC seminggu.

Masa saya MC and kat kg ade lagi beberapa org budak yang kene. Mungkin dalam 10 org atau kurang. Not sure. Mase saya dah sihat and bebas dr pox, ade lg budak2 yang kene. Saya tak kisah pun, saya mengajar, sikatkan, bedakkan, mandikan dorg mcm biasa. Tak ada memilih atau jauhkan diri dari budak2 yg baru lepas kena pox. Walaupun jauh kat sudut hati saya takut kene for the 2nd time.Tapi, by hook or crook, sy kena jalankan jugak tanggungjawab saya. Dah besar parut susah nak hilang. Nak naik pelamin pulak tu. Tu yg jadikan saya takut kena lg.

Saya cuma nak cakap... bukan saya pembawa virus tu kat school yg menyebabkan semua budak kena. Jangan tunding jari dekat saya. saya sedihhh :(

Bila saya kene, saya cakap
' KENAPALAH TAK KENA TIME KECIK-KECIK DULU. TAK ADALAH KISAH PASAL PARUT OR MALU ORANG SEKELILING TENGOK AND KENAPALAH KENE WAKTU NAK DEKAT KAHWIN NI.... '

Untung kena kecik2... urmmm.

ok lah... ni je nak cakap. minta ampun pada semua, sempena bulan baik ni.... lapaqnya ghaseee.. rehat dulu.

SALAM..

Teacher Shada...

Sunday, July 7, 2013

Tips kurangkan kos perkahwinan.


Assalammualaikum....



Yey !! lagi  bape bulan lg nak kahwin. haha. Excited bebenor.

Ya Allah, please ease everything..ameen ..

Haruslah excited. sape yang nak nak kahwin x excited. Ye dak? lagi-lagi aku dengan tunang dah dekat 8 tahun kenal. Bukan satu mase yg pendek aku rase. kapel, putus, kapel, putus. dugaan, cabaran, ketawa, sedih, menangis.. semua dah rasa. Jatuh bangun kami.. susah dan senang kongsi bersama. hahaha. POYO!

Makin nak dekat. Makinlah serabut kepala otak ni. Macam-macam benda pikio. Duk tak habis duk menyenaraikan ape-ape yang nak di settled kan. Buku nota dah bermacam-macam jenis. Dok asyik tulis benda yang sama. Selagi x settled, selagi tu lah ! runsing......

Duit hantaran ade macam-macam jenis cara orang bagi. tengok pada family masing-masing. Ade yang dapat sedepok waktu bertunang, ade yang dapat beberapa bulan before majlis, ade yang dapat separuh-separuh and ade yang dapat sedepuk waktu kahwin.. Ape-ape pun, pandai-pandailah uruskan kewangan masing-masing. Duit hantaran tu sebenarnye aku tak tahu pun untuk ape? hahahaha. Yang aku tahu duit hantaran dapat kat aku. haha.




Memandangkan aku sorang yang sangat detail and skema dalam bab duit dan sangat 'penjimat' orangnya. So, aku dah senaraikan beberapa benda yang boleh jimatkan kos kahwin. hahaha. Mai nak ajar ang pa B2B semua...

Tips kurangkan kos perkahwinan..



1. Cari sponsor banyak-banyak.

 Hahaha. Sape yang kaki bodek, mulut manis tu, gunakanlah kelebihan anda tu time-time cenggini.   Contohnye : ' Kak, sponser kek kahwin boleh x untuk adik kesayangan akak ni? x sampai pun 100. boleh la
                     eaa.. eaa..
Minta je sponser ape-ape dari sedara mara or adik beradik korang. At least, dapat kurangkan kos sedikit sebanyak. heeee.

2. Cari pasangan orang dekat.

Haaaa. dapat jimatkan kos pengangkutan. ye dak? kalau dapat jiran sebelah rumah lagi syok. Buat majlis sekali je. ahahahaha.

3. Tetapkan tetamu yang datang.

Dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Boleh tetapkan bajet untuk cenderamata, makanan, kad kahwin dan sebagainya.

4. Bergotong royong.

Lebih baik buat gotong -royong. Kita cuma perlu keluarkan kos beli barang basah sahaja. Sekarang memang ramai yang ambil katering. Senang.. jimat masa and tenaga. duduk goyang kaki je kan. Tapi, tulah... mahai. paling kurang RM10x1 kepala. kalau 1000 orang datang dah 10 ribu. Tapi, banyak juga catering yang ade kos murah. pepandai la survey. Hari tu mak abah aku g survey. Termasuk konopi semua bla..bla..bla.. rm13k. tepuk dahi aku dengar. Tak tahulah dorang amik ke tak. tapi, kalau nak sponser.. anakandamu ni tadahkan tangan saje. huhuhu


5. Pilih pakej andaman yang murah. 

Kalau dah rendah bajetnye. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan nak gah sangat kononnye kahwin cuma sekali seumur hidup, last-last lepas kahwin. ternganga hutang keliling pinggang. aiyoo. First dtg kat butik nak tempah, cakap terus kat orang butik tu yang anda nak pakej yang x lebih dari sekian, sekian harga. Pandailah dia nak arrange. dah memang kerja dia. kan?

6. Elakkan kahwin pada cuti sekolah.

Katanya pihak butik, katering dan barang-barang lain naik harga masa cuti sekolah ni. So, belilah barang awal-awal ye.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi.

Tak mahu kalah dengan saudara mara. Orang biasa letak 5 balas 7. anda letak 18 balas 21. Pilih barangan yang akan digunakan bukan sekadar cantik sahaja. Kalau nak lagi jimat, bagi je makanan banyak-banyak. kan jimat? Tapi.. kalau nak letak hantaran branded ataupun yang gah, make sure saving duit awal-awal ataupun beli time sale. Sekarang ni time nak raya, banyak sale. so, jangan lepaskan peluang !

8. Beli barang sikit-sikit.

Maksudnya. Tiap bulan tu kalau dapat gaji, belilah barang sikit-sikit. Contohnya, nak kahwin bulan 12. Gaji bulan5 beli cadar, bulan6 beli langsir, bulan7 beli kasut.. beli barang awal-awal bagi mengelakkan kepeningan anda nanti ya!

9. Jangan tempah kad kahwin mahal

Kad kahwin je pun. Lepas baca, orang buang. Pilih lah yang kos ekonomi. sekarang ade yang 20sen sekeping kad. lepas tu, satu kad tu, share la majlis korang and pasangan korang. jimat dah kah situ. huhuhu.

10. Buka akaun khas.

Maksudnya, duit gaji anda masuk kat Maybank. anda pergi buka CIMB. CIMB tu khas untuk saving duit kahwin n mase depan anda. Tak adalah korang guna semua duit gaji korang.

11. Buat hantaran and bunga telur sendiri.

Masa nilah nak gunakan kepakaran and kekreatifan anda. Dapat jimat banyak kos kat situ. Kalau tempah hantaran satu dulang standard design rm35. kalau 9 dah berapa?

12. Tak payah ambil photographer.

Gunakan aje sahabat handai korang, adik-beradik, sedara mara tangkapkan gambar korang waktu nikah n bersanding. Jimat kos... Tangkap gambar sendiri, edit sikit-sikit. jimat oh jimat ! Kalau nak jugak, cari pakej kahwin yang include sekali pakej photography.. lebih jimat.

13. Buat majlis nikah and sanding dalam 1 hari.

selalunya kos akan double pada pak/mak andam kalau majlis buat 2hari. contohnye, nikah jumaat, kahwin sabtu. Jadinya, mekap dah jadi harga 2x and kos pengankutan dorg. So, buat majlis nikah pagi.. terus sanding tengahari.

14. Tak perlu hiburan. DJ, karaoke dan sebagainya.

Tak perlu kalau tak ada bajet. Daripada bayar deejay, dah tentu duit tu kita boleh beli peti ais secara cash! Tanpa hiburan dalam majlis, hidup kita tetap akan bahagia. Malah lebih bahagia, berkat.

15. Berbulan madu dalam negara.

survey-survey internet pakej-pakej bulan madu yang murah and ade buat promosi. Kalau teringin bulan madu di oversea, tunggulah nanti kalau bajet dah ade. Tak larinya gunung dikejar. Tempat bulan madu idaman anda tetap jugak stay kat situ. okk.

16. Elakkan buat pinjaman peribadi.

Memang kahwin sekali seumur hidup. Sebab sekali seumur hidup tu lah x perlu nak di bazir-bazirkan. Fikir untuk jangka masa panjang. Buat gah bagai, pinjam bank, personal loan semua, lepas kahwin, pening kepala.

17.  Buat senarai bajet perkhawinan.

sekurangnya korang akan nampak. Contoh.. Bajet anggaran vs bajet sebenar. contohnye, korang bajet kos andaman rm2000. so, tetapkan lah 2000 saje. x lebih.. contoh macam aku buat.

Ini cuma bajet kasar aku. Bajet kurang dari RM15K. Nak kena cari sponser banyak-banyak ni. hahaha.


Buatlah cheklist. yang mana dah settled and belum. Yang mana dan beli and belum.


Yang atas tu, benda wajib kena buat before kawen and yang others tu benda-benda lain yang kena beli and settled.


Ini bajet kasar untuk cik abang ku sayang :p


Ini bajet kasar untuk saya :P

Untuk orang yang skema macam saya, boleh lah merajinkan diri buat cara skema macam kat bawah ni..





* Klik gambar pada gambar.

Ini cuma bajet kasar aku. Tapi, aku rasa kos sebenar lebih kecil dari anggaran yang aku buat... Sponser oh sponser.. :)

Advice untuk B2B.. Jangan bazirkan duit urntuk perkara yang sehari dalam hidup kita.. fikirkan perkara yang kita perlu untuk masa akan datang. Anyway, ukurlah baju di badan sendiri. ok.. nasihat ini untukku juga... semoga bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri and B2B semua ye!

Sekian....



Wednesday, July 3, 2013

Just about life.



Sabar shada. suatu masa pasti kau akan temui apa yang kau cari. rezeki di tangan Allah. kalau hari ini bukan kau punya. In sya Allah, esok atau lusa rezeki itu milikmu. Allah dah menetapkan rezeki kau sejak kau berusia 3bulan dalam perut ibumu. Sabarlah Shada. sabar. Allah Maha mendengar setiap permintaan mu. Berusahalah, jangan cepat mengalah. Jangan terlalu bersedih. Berdoalah selalu Shada, sujud mohon ampun dengan setiap dosa, maksiat, tindak-tanduk yang kau lakukan sebelum ni.

Allah rindu dengar rintihan mu, Allah rindu dengan tangisan mu, Allah rindu dengan sujudmu.. Allah sayang kamu Shada. Sabar...




it's ok... im fine :)