Monday, November 25, 2013

Tempat beli barang buat hantaran di Kuala Lumpur.



Assalammualaikum bakal-bakal pengantin sekalian. Cuti sekolah dah 2minggu bermula. Mesti ramaikan hujung-hujung tahun ni orang kawin? Selamat Pengantin baru semuanya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Hatiku berdebar menanti saat bergelar Puan. :)

Hari ni, aku nak share tempat beli barang hantaran kat KL. Selalunya bakal-bakal pengantin akan sibuk p Nilai untuk beli barang-barang buat hantaran kan? Memang tak di nafikanlah,Nilai memang syurga tempat beli barang pengantin. Tapi bab harga aku rase... same n lebih kurang je dengan tempat lain. Malah dekat KL ade tempat yg murah nak beli barang-barang buat hantaran ni.. Jadi orang-orang yg stay kat KL klu rase malas nak ulang alik KL-NILAI aku suggestkan pergi SEMUA HOUSE dekat Masjid India. Murah memang murah, banyak juga pilihan. Jimat minyak n tol..Tapi.. kedai agak sempit sikitlah. Nak lalu pun duk bertembung dengan punggung orang. eh?!! hahaha





SEMUA HOUSE, MASJID INDIA.. ade dua kedai barang pengantin kat dalam ni. Tapi, kedai lagi satu tu macam mahal sikit. Aku masuk kedai Sin Yin. Murah sikit... aku cari yg murah n jimat je weyh !


Polisterin bentuk square ni aku survey kat Metro Kajang hari tu Mahai lah hai.. berbeza betul harga. kat Metro RM4.90.. kat sini RM1.80 je.. see..murahkan??


Tempat letak barang warna putih tu pun aku survey kat kedai pengantin kat Metro kajang RM8 cm tu. Kat sini RM4.00 je. Teruja gila ! hahaha


1meter bape erx manik ni? aku x ingat.. tapi yg sure..murah !





Benda ni pun murah.. aku beli semeter. singgit lebih kot..


Bunga foam kat atas tu mmg agak mahal sikit..tak tahulah kalau kat tempat lain ade murah dari rege kat kedai ni..

Aku tak kreatif sangat and x berapa rajin sebenarnye. Senang tampah saje. Tapi, dah banyak aku servey hantaran yg berkenan kat hati aku semuanya atas RM400++ jadi aku rase mcm membazir. Jadi aku decide nak buat sendiri walhal aku ta pandai weyy. !! hentam saje labu. Bila lagi nak tunjuk kebolehan sendiri kan?? 




Aku pakai kain satin untuk balut the polisterin. Aku tak pernah fikir benda yg simple yg mudah kerja. mesti pilih yg agak complicated. Alahai, kene gunting kain n iron n baru gam atas polisterin.


Ini hasilnya.. baru siap sikit 30%


Ini pink... satin juga :)


Getting ready for the next step.. ideas oh! ideas...



Focus ok... focus !

Before tu aku pergi Nilai beli barang-baramg yang lain. kat Thank Q.. Masuk-masuk kedai terjumpa satu set hantaran tu.. memang aku jatuh cinta gila. Tapi... mahaii.... :(








Cantik kan? jadi aku decide gubahan di atas sebagai idea untuk aku create my own hantaran. Huhuhuhu..



Tadaaaa.....siap :)


Buat bakal pengantin sekalian.. selamat bershopping..selamat mencuba.. selamat maju jaya untuk kehidupan baru..... :)

Doakan saya bahagia dengan bakal suami tercinta..


10 days to go...

Tuesday, November 5, 2013

Dugaan semasa bertunang..fakta atau auta semata ?

Salam Maal Hijrah !!

Semoga dengan tahun baru hijrah ini kita sama-sama perbetulkan kesilapan dan mempertingkatkan lagi amalan kita kepada Allah.. Berubah menjadi umat yag terbaik dari yang terbaik.. semoga dirahmati semuanya.. Aminn.

Let's talk about the topic..

Orang cakap nak dekat kawin ni makin banyaklah dugaannya.. DARAH MANIS katanya.

YES ! memang aku akui ape yang kawan-kawan dan mereka-mereka semua cakap memang betul. Macam-macam dugaan. Setiap bulan jugalah mesti ade perang dingin. Bukan sebab ada malash ape pun. Tapi.. ntahlah.. tak tau nak cakap. Lepas 2,3 jam ok balik. Nasib baik aku dapat tunang yg sangat-sangat penyabar dan memahami. Selalunya gaduh pasai bila kol x reti nak angkat je pun.. fuhh ! rase macam nak tunggang terbalik dunia..

Kadang-kadang benda kecik jadi besar. Benda besar lagilah bertambah besar. Kesian jugak tengok en tunang layan perangaiku yg ntah ape-ape ni.

Jom.. jom.. aku senaraikan beberapa dugaan yang orang tengah DARAH MANIS ni rase yang aku rase kebanyakannya semua orang rase.. aku rase laaa.. hahaha.


Mudah sangat nak terase. Tak cakap kasar pun katanya kita cakap kasar. Tak habis-habis nak merajuk. Akal kata sabar.. sabar.. tapi.. last-last ikut kata hati jugak. Habis sembur semuanya..

Kalau tak jumpa rase nak marah. Sebelum bertunang x jumpa pun x kisah. Kalau boleh tiap minggu nak jumpa. Lepas tu x reply mesej mula la kol bertalu-talu. lepas tu mulalah menangis sebab fikir dia bukan-bukan. Mulalah meroyan sorang-sorang. lepas tu, die dah kol n reply text.. mulalah chill semula.. normal ke semua ni?? 

Salu bila kol tak tahu nak cakap ape. Diam seribu bahasa. Lebih baik x kol dari kol. lebih baik x mesej dari mesej. Hati panas je, ade je salah die yg kita nampak..mulalah rase menyampah. Bila dah rase menyampah mulalah nak putus lah ape lah.. aishh. syaiton !

Terase susah nak kumpul duit. Fikir-fikir gaji bulan ni nak saving lebih sikit. Tup tup tengah bulan ade je benda nak kene keluarkan duit.. terpaksalah hold ke bulan seterusnya..

Bila dah bergaduh duk meroyan sensorang..mulalah fikir ' Betul ke dia ni pilihan aku yang tepat? ' 'Selamat ke? bahagia ke aku lepas kahwin?' Hati kena tetap kawan ! hasutan syaitoon yg di rejam semua tu. Kuatkan hatimu, jangan terpedaya dengan hasutan syaiton. Tiang masjid baru saje nak terpacak dah ri robohkan semula. Bertepuk tamparlah syaiton durjana semuanya...

Mulalah ade godaan orang ketiga..pas tu, ex lama datang semula lah.. itulah inilah..

Time tengah bertunang ni pulak lah jadi macam-macam hal. Kene transfer tempat kerjalah, moto hilanglah, kereta accidentlah..mcm-mcm hal.. sabar...


dann.. tidak semua manusia atas muka bumi ni tahan dengan semua ni.. ingat yang indah-indah je.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.

Awal-awal bertunang dulu, x sampai sebulan pun lagi. Sedang ku sibuk mendrive ketika kerja. Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari encik tunang tercinta. Tak pernah-pernah tepon pagi2 ni. Adehal ape pulak lah. Perasaan tak berapa sedap wujud.. Terdengar di hujung talian suara sayup kedengaran..

'yunx.. tengah wat pe?'

'tengah drive..knp kol pagi2 ni'

'urm.. ni org turun bawah tengok motor xde'

'hahh?? motor pegi mana?'

'mana tau, orang turun-turun tengok motor dah xde'

Motor tunang saya hilang ye.. Motor tu dah habis bayar. Jadi lepas motor tu hilang maknanya.. kenelah kuwakan duit beli motor baru. dan terpaksalah bayar motor tiap-tiap bulan. Padahal kalau motor tu masih wujud, x perlulah pakai duit simpanan utk kuwakan moto dan x perlulah bayar motor tiap-tiap bulan. Makanya, duit simpanan kahwin berkurang. Makanya.. hadap sahaja semua dugaan ini.. chill..dah 11bulan pun berlalu. 32 hari lagi sebelum bertukar status.






act like you okey and everything is perfect ! just one smile :)

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon perlindunganMU..
dari gangguan syaitan dan iblis
dari perasaan benci dan syak wasangka
dari khianat dan hasad dengki manusia
Kami memohon pelihara dariMU Ya Allah..
agar hubungan ini
kekal bahagia
hingga ke syurga..

Ameen..

#32moredays..
#Hunnybeeproject




Saturday, October 26, 2013

Gambar majlis pertunangan. 10bulan berlalu

Assalammualaikum ..

Ini entry poyo konon-konon aku retisss yg sume orang nak tau pasal hal aku. hahaha. 10 bulan dah jadi tunang orang. Cepat sangat mase berjalan. Sedihnye, tinggal lagi lebih kurang 1bulan bape hari lagi nak tinggalkan Mak and Abah.. uwaarrghhh !! Aku akan menangis, aku akan menangis...:(

In syaa Allah hari ni tinggal 41hari lagi aku bakal bertukar status sebagai Puan Nor Sahadah.


*****Throwback******


Aku kenal tunang aku since Disember 2005 hujung form4. Kenal kat satu Kem motivasi pendidikan SPM 18-21. Disember. 2005, untuk anak-anak Pegawai Felda and anak-anak Felda yang terpilih. Kem tu dekat Agro Resort Semuji, Gambang..Kebetulan pulak 30.11 baru lepas clash. Pas tu, g kem jumpa plak pengganti. Hadoi, cepat betol dpt pengganti.hahaha. Dalam seminggu kenal terus declare kapel. Gelojoh ! and festime ktorang clash May 2006. Lepas putus aku single. Sebab sekolah aku sume pompuan.Aku plak bukannya cantik sangat and bukan jenis suka nak kenal dengan laki. Sampailah dah habis SPM, 2007 ktorang contact balik as a friend je cz mase tu each other dah ade kapel masing-masing. Still berkawan.

Lepas tu masing-masing dah clash dgn kapel memasing.. Ktorang jumpa balik Ogos 2008. Mase tu jumpa semula pun sbb kebetulan aku study kat Unisel. Bibit percintaan bermulalah kembali..ecewahh ! dan... lepas aku habis study ktorang pernah clash for the 2nd time tengah tahun 2011(bukan clash tapi lebih berdiam diri). sebab kenapa, biarlah rahsia.hahaha. ini semua P.O.Y.O! Tapi, serius dalam mase setahun tu ak memang xde hati dh dengan die.tengok muka pn xde hati, kadang rindu jgk nk rapat macam dulu.Tapi, tak tahulah cam mana, Allah tu Maha Perancang dan lebih mengetahui, kitorg rapat balik May 2012.Lepas 2bulan aku balik buat Umrah.

Setahun jugak la aku berdiam diri. Lame kan?? Allah dah aturkan cantik hidup kita. Syukur Alhamdulillah.. Aku selamat drisik pada 21.11.2012 dan selamat dtunangkan pada 23.12.2012..10bulan 4hari sudah.

Majlis cuma dhadiri oleh adik beradik and family terdekat, jiran-jiran and family sebelah lelaki dan kawan rapat ku since tadika. Simple mimple. Gamble tahap A++. Tema warna peach. No dais. Tapi, ade tukang mekap. Baju tunang tu sebenarnye aku nak buat baju raya aku tahun lepas, tapi,, disebabkan beli on9, jadinya cutting besar sikit sbb x fitting dulu kan. Tak jadi buat baju raya, aku ulter baju tu bagi kecik buatla jadi baju tunang. Sebabnye aku x suke membazir, benda x guna lagi buat ape nk beli yg lain..huhu. Hantaran dari Pihak pempuan 9. Aku bagi kasut, towel, satu set alat solat lelaki, baju kemeja, coklat, buah, kek, kuih dan sirih junjung. Hantaran lelaki 7, kasut, towel, telekung, set perfume, buah, kek, kuih, sirih junjung dan cincin. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun aku x berapa happy dengan mekap yg macam zombi... sigh*** !!




Semoga semua urusan seterusnya dpermudahkan. Alhamdulillah, selamat bergelar tunangan orang selama 10bulan 4hari. Sepanjang tempoh bertunang ni. Memang banyak dugaan.. kalau masing-masing keras kepala dengan ego masing-masing aku rase memang x jalan dah urusan seterusnya. Tapi, syukur...semuanya dapat kami settle same-same. Sekarang tengah pening kepala nak uruskan hal kahwin. Aku harap semua ni dpermudahkan dan berjalan dgn lancar. Itu je aku harap..


(Fav pict ;)


Allah tahu niat kita baik untuk bina masjid Allah akan tolong cukupkan semua keperluan kita dan permudahkan semua urusan. Allah akan selalu buat kita rase bahagia dan datangkan orang-orang yg baik hati utk membantu dan berikan jalan utk kita dapatkan rezeki tu...




Next time tolong la senyum ye B... urmm 




Harapan aku, semoga dia dapat menjadi pemimpin ku dan anak-anakku yg terbaik. Menjadi suami dan ayah yang taat pada agama, perintah Allah. Dapat menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sempurna. Dapat jaga aku seperti mak abah jaga aku selama ni. Menjadi suami dan ayah dan anak yg penyayang. Semoga kasih sayang dia pd aku xkan pudar walaupun sekali aku semakin dmamah usia, rupa fizikal ku berubah dan tidak lagi sempurna seperti sebelum dia menikahiku..



sorry to say. Actually, aku x suka mekap tunang aku ni. Dah macam opera cina + ponti anak remaja dah rasanya. Terlalu tebal.. aku harap sangat andam big day aku nanti mekap lebih nipis and natural..Even aku x cantik sekali pun, janganlah sampai mencomotkan lagi rupa yg dah sedia x brapa nak cantik ni. uwarghh !

Friday, September 20, 2013

Pre-wedding photoshoot ideas.

Salam ! Hai !

Sebulan lebih dah tak mengupdate belog yg x berapa nak berinformasi ni. Lately sibuk, hari-hari seharian pun sibuk duk mengejar masa. Hidup terkejar-kejar macam x berapa nak seronok sebenarnye kan? it's ok.. inilah reality hidup.. urrmm. banyak mengeluh sekarang. penattt. ehh!

Tajuk entry kali ni pasai

'Pre-wedding Photoshoot Ideas'


First of all,before nak buat pre wedding photoshoot ade lah beberapa perkara yang perlu kita ambik tahu dulu..

1. Mestilah tengok Budget dulu, sebab pre wedding ni gambar saje2 je kan. Bukan penting sangat pun. Tapi, kebanyakan orang buat sebab nak letak dekat bunting and banner.

2. Yang keduanya, dah ade budget sikit,bolehlah cari photographer..

3. Tema atau konsep yang kita nak.. contohnya: Urban style, Old school, picnic style, back to school ke kann? Tapi, kalau mmg dah blurrr sangat x de idea selalunya, photografer akan tlg bg idea. 

4. Tempat photoshoot. Dah ade idea nak buat konsep macam mana, bolehlah pilih tempat nak shoot bersesuain dengan idea kita.

5. Props.. contohnye: kalau tema picnic (buku,gitar,belon,payung,bekal)


Berkira-kira jugak nak cari idea ape utk pre-wedding nanti. Photographer setup bln Oktober nanti. Tapi, tak tahulah sempat ke tidak nak shoot pre-wedding.. Banyak sangat idea pre-wedding neh. Jom lah layan satu-satu gambar dulu eh..


1. Old School idea.




ala-ala old skool an.. aku suke yg vespa tu, tapi tang mana la nak cari vespa...


2. Street idea.




Dekat tengah-tengah kesibukan kat KL ni pun cantik sangat kalau buat photoshoot kan??? Idea yg best jgk... 

Putrajaya...


urban stlye...

3. Garden idea.

Ini dekat Taman dekat Taman Tun,KL..

Ini dekat UPM Serdang. Pokok besar yg dalam cerita Lagenda Budak Setan. Cantikkan? dulu mase tengok cerita LBS berangan-angan cakap, kalau kawen nanti nak take picture kat sini.. Tengoklah nanti mcm mana. :)


Alololo... dua-dua gambar kat atas tu dorg snap kat Taman Metropolitan @ Taman Layang-Layang, Kepong. Ini tempat saya selalu dating dengan Cik Abang. dekat sangat dengan rumah Cik Abang. Tempat first jumpa lepas sekian lama terpisah kat sini lah. Ingat nak snap kat sini je, dekat pun dekat, tp Photographer ckp tempat ni dah biasa org pakai. urmm. ok.. menurut perintah.


Broga, Hill, semenyih ! ahaha. satu kerja pulak nak panjat bukit. Penat weeh. tapi, cantikk !!!

4. Classic / Vintage

Sawah padi.. macam cantik jugakkan? boleh la pergi area2 Kuala Selangor sane. ade bendang. 


5. Building

KLCC memang lah cantik nak shoot. Bride2be dari Kota Metropolitan lah kononnya.. 

Putrajaya.. 

6. Jalan-jalan cari makan / English picnic style

Sambil pose. sambil makan. erxxx. kenyang !



alaaorh2. pemes theme mcm ni kan org buat prewedd. suwit sangat lah die dgn gitar, buah dan buku-bukunya.. Tapi, macam x rajin nak sedia semua props tersebut.. heeee.

7. White studio

comell kan? uhuhu. tapi, sy x suke suasana yg terlalu boring.. ngeee.


8. Back to school






Ini ialah theme yg aku nak sangat2. walaupun aku dengan Cik Abang bukan satu sekolah, tapi.. kami kenal since zaman sekolah lagi. Cinta monyet membawa kepada cinta sejati. ecewah! Dah discuss dengan Cik Abang.. tapi, mcm banyak prosuder pulak kene buat. kene mintak kebenaran itu, ini. Macam comel je kalau dapat pakai baju sekolah semula and then snap gambar sesama..


andddd...the last one aku nak tunjuk tempat yg mungkin bakal aku shoot nanti.. yeaayyy !!



Gambar kat bawah ni memang peberet aku..cuba teka kat mana? 




Gambar atas ni paling peberet. Idea dia,tempat die,editing die..owhh!. kenapa cantik sangat tempat ni??nak..nakk.nakkkkk !!
PULLMAN LAKE SIDE, PUTRAJAYA...


Dan yang sebenarnye, aku tak de termimpi pun nak buat pre wedding. Baik duit tu aku pi wat spa ke ape kan? Tapi, photographer utk big day aku nanti, offer free photoshoot pre wedding. Dah nama pun free.. jalan je lahh. uhuhhuhu..

76 more days to go.. O' Allah..please ease everything.. Thank You..


Sorry copy gambar korang.ini semua sumber dari incik google. ngeee  ^_^